Grab, perkhidmatan e-hailing yang berasal dari Malaysia dan kini popular di seluruh Asia Tenggara telah mengesahkan mereka telah membeli operasi Uber di rantau ini.
Ia juga merupakan pembelian saham terbesar oleh sebuah syarikat internet dari Asia Tenggara.
Di bawah ialah antara fakta dan perincian akan hasil pembelian operasi Uber di Asia Tenggara.
Grab memberi perkhidmatan ride-share dan penghantaran makanan Uber Eats di Asia Tenggara, dan akan memuatkannya ke dalam perkhidmatan talian Grab sendiri.
Sebagai gantian, Uber akan menerima sebanyak 27.5 peratus pegangan di dalam Grab.
CEO Uber untuk rantau ini, Dara Khosrowshahi akan menjadi ahli lembaga pengarah Grab.
Aplikasi Uber akan terus beroperasi selama dua minggu dari hari ini untuk memudahkan pemandu Uber berpindah ke Grab. Selepas tamat dua minggu, aplikasi Uber tidak akan berfungsi lagi di Asia Tenggara.
Aplikasi Uber Eats akan terus beroperasi sehingga penghujung bulan Mei. Selepas itum kesemua pelanggan dan pembekal di dalam sistem Uber Eats akan berpindah ke platform GrabFood.
Keputusan pembelian operasi Uber di Asia Tenggara ini akan terus menjadikan Grab sebagai pemain nombor satu di rantau ini.
Dalam tahun 2017, Grab menunjukan peningkatan sebanyak 2.5 kali ganda dari segi muat-turun aplikasi dan peningkatan empat kali ganda dalam pengambilan pemandu.
Operasi di Grab juga berkembang lima kali ganda di bandar-bandar utama Asia Tenggara. Terkini, Grab membantu seramai lima juta orang untuk mencari rezeki dengan aplikasinya.
Grab sebenarnya berasal dari perkhidmatan My Teksi yang bertapak di Petaling Jaya enam tahun lalu.
Anthony Tan, dari keluarga Tan Chong menjadi pengasasnya bersama dengan rakannya Tan Hooi Ling. Syarikat tersebut kemudiannya bertukar kepada Grab setelah Uber mula hadir di dalam pasaran.
Grab kini beroperasi dari ibu pejabat mereka di Singapura. Sementara itu, lesen operasi Grab dan Uber di Malaysia masih belum dikeluarkan walaupun kerajaan secara lisan sudah mengganggap ia sebagai satu perniagaan sah.
Sumber:
Careta
Nasib Peniaga UBER
Aplikasi Uber hanya dapat digunakan dalam waktu kurang lebih dua minggu ke depan, tepatnya hingga 8 April ini.
Pihak Grab juga mengatakan bahwa akaun pengguna Uber akan tetap aktif dan masih dapat melakukan perjalanan sampai waktu yang sudah ditentukan. Nantinya, seluruh data pengguna Uber, kecuali informasi pembayaran, akan dipindah ke Grab.
Grab mengumumkan secara resmi bahwa akan melakukan migrasi peniaga UBER, merchant, hingga pelanggan dari layanan berbagi tumpangan dan pemesanan makanan milik Uber ke dalam platform milik mereka.
Bye-Bye UBER dan selamat datang GRAB monopoli pasaran Asia Tenggara
0 Ulasan