Tadi ada baca dalam group What Apps mengundi akan diadakan pada 9 Mei 2018 bersamaan hari rabu.
Apakejadahnya buat pada hari rabu. Kan hari rabu ialah hari waktu bekerja pada semua pekerja swasta dan kerajaan.
Konpem orang gomen dapat cuti peristiwa dan budak sekolah pun dapat merasa cuti satu hari.
Apakejadahnya pada pekerja swasta macam kami ini. Memang dalam undang-undang pihak majikan wajib lepaskan pekerja untuk mengundi.
Tapi realitinya seperti kami dalam bidang perindustrian mana boleh kasi cuti. Kalau cuti atau shutdown habislah output dan kos nanti. Mahu tak mahu mesin kena jalan, mesin jalan bermaksud syarikat ada duit.
Kalau kasi keluar on going pula berapa ramai kau nak kasi keluar. Siapa nak jaga mesin yang tiada pekerja sebab keluar mengundi.
Aku belum cerita pasal pekerja yang kena mengundi negeri lain. Biasanya buat hari sabtu atau ahad, ertinya yang tinggal jauh boleh ler ambil cuti satu hari dan isnin baru kerja.
Kalau kau buat hari rabu, nak kena cuti berapa hari. Sekurang-kurangnya 2 hari kena cuti. Balik kerja hari selasa, terus balik kampung dan mengundi hari rabu dan petang tu balik. Hari Jumaat kerja. Apakejadahnya!!!
Aku tak faham ler...SPR buat kerja ini. Bila difikirkan macam ada game ajer buat hari rabu ni. Tapi aku kan orang BN, macam mana aku nak mengundi nanti. Mesti mak aku marah, aku tak balik mengundi. Dah ler... sejak azali kawasan aku tu DAP punya. Maafkan Hanif mak.....!!!!.....huhuhuhu.
Hanif kerja ler 9 Mei ini. Nanti Hanif tanya pada boss boleh cuti tak..
1 Ulasan