Blog Baru Kaki Pawagam

Blog Baru Kaki Pawagam

Blog Baru Kaki Pawagam


Hanif Idrus blog tambah satu lagi blog baru iaitu Kaki Pawagam iaitu niche untuk blog ini pun anda dah faham kan iaitu tentang filem review. Memandangkan aku ni selalu tengok wayang maka apa salahnya kalau aku buat satu blog khusus untuk filem yang aku tonton.

Lagi pun blog ini takkan jadi blog pasif sebab ia akan sentiasa diupdated oleh aku kerana aku memang penonton wayang tegar!!!..hehehehehe. Untuk pastikan blog ini diupdated, aku akan menambahkan video trailer untuk filem yang akan datang supaya ia lebih up to date.

Buat masa sekarang aku copy paste sahaja artikel dari blog aku dalam label kaki wayang spesifik filem yang aku tonton. Label kaki wayang dalam blog Hanif Idrus sahaja berjumlah 116 artikel. Sepatutnya aku dah lama buat. Baru teringat plak semalam...hahahaha.

Tujuan utama aku buat blog dalam niche movie ini ialah satu sahaja iaitu nak tambahkan jumlah iklan Google Adsense. Eksperimen aku dengan Blog Islam Is Great berjaya mendapatkan klik yang baik walau pun jumlah pageview sehari maks 400 pageview. Dapat uang dan pahala kan...Syukur alhamdulillah.

Aku punya harapan yang sama dengan blog Kaki Pawagam ini. Ia akan makan masa 3 bulan ke atas untuk mendapatkan hasilnya namun aku tak rugi apa-apa pun sebab aku hanya taip wayang yang aku tonton. Kalau aku tak tonton tak updated ler... Biasalah makan masa 3 bulan sebab blog barukan Google suka letak dalam sandbox dulu.

Nama Kaki Pawagan terpaksa aku pilih sebab blog yang aku nak ialah kaki wayang tapi tak available plak. Tapi kaki pawagam pun ok juga ler, sebab ia kena dengan niche blog ini kan.

Untuk blog ini aku dah dah buat semua penyediaan Seach Engine Optimization. Dah dafter dalam Search Console, sitemap, Bing, meta tag serta blog templates responsif dan tidak dilupkan dah tepek iklan Google Adsense.

Selamat datang dan jenguk ler blog Kaki Wayang aku yek...





Catat Ulasan

0 Ulasan