Dalam dunia blogging ini adalah satu perkara biasa jika seseorang blogger itu mempunyai lebih dari satu blog. Terutama jika anda telah berblogging melebihi dari 3 tahun. Dan untuk aku secara peribadi aku mempunyai 3 blog yang aktif iaitu blog peribadi aku sendiri yang telah berusia 7 tahun iaitu Hanif Bin Idrus Blog. Blog perkongsian agama iaitu Islam Is Great dan blog fotografi aku iaitu Hanif Photographer.
Ketiga-tiga blog ini aku masih lagi aktif updated dan Hanif Idrus Blog adalah blog utama aku. 7 tahun bangun tidur dengan blog ini yang hampir mencecah 6000 artikel sepanjang aku berblogging ini. Tujuan aku buat 2 blog yang lain ini adalah keupayaan aku untuk mengemaskini 2 blog tambahan. Blog Islam Is Great hanya perlu ambil artikel dan publishkan sahaja. Manakala blog fotografi aku hanya masukkan jika kau ada gambar baharu.
Lama-kelamaan aku melihat blog Islam Is Great semakin meningkat pageview walaupun tiada langsung membuat blogwalking. Ia juga merupakan sumber peningkatan pendapatan aku dalam Google Adsense. Tak banyak tapi ada juga sumbangannya. Aku cuma membuat kemaskini dengan updated di Search Console dengan memasukkan sitemap serta beberapa perkara standard. Aku juga memasukkan link blog ini dalam semua blog lain. Aku juga ada masukkan link ke Bing Webmaster Tools. Sekali sekala aku masukkan daam pages facebook aku.
Melalui pemerhatian aku, peningkatan pageview sesuatu blog itu ialah jika anda kerap updated. Semua blogger ketahui ini , lebih kerap anda updated lebih berpotensi blog anda akan dijenguk oleh pembaca. Inilah ramuan utama untuk mendapat pembaca. Dan untuk blog Islam Is Great aku memang aktif updated artikel terbaru.
Dan kini aku mempunyai dua tambahan blog lain iaitu Kaki Pawagam dan Teknik DLSR yang baru aku buat. Seperti biasa ia akan diindeks oleh Google selepas 3 bulan. Tak mengapa, aku akan tetap updated blog ini. Total blog aku kini ialah 5 blog!!!
Jika ditanya kenapa aku membuat sampai 5 blog ialah aku berasa kecewa dengan blog utama aku Hanif Bin Idrus semenjak aku tukar domain, Google Adsense langsung tak terima mana-mana blog yang menukar domain. Lalu aku pakai Bidvester tapi asyik-asyik kena Malware atau security issue kepada Google. Lalu aku pakai Nuffnang, makin bosan aku tengok sebab per-klik aku dapat RM0.01…huhuhu. Kalau USD macam Google Adsense sedap sikit.
Melihat pencapaian Islam Is Great ini maka aku membuat 2 blog tambahan dan target pada Oct 2018 ia akan memberi hasil pulangan kepada aku melalui Google Adsense. Aku membuat satu keputusan Hanif Idrus Blog tidak akam dimasukkan iklan dan ia akan menumpu pada artikel sahaja. Manakala 4 blog yang lain itu akan di masukkan iklan Google Adsense dan berdoa ia akan memberi pendapatan terbaik…
Kalau di lihat menyampah kan melihat bloggerr mata duitan ini.
0 Ulasan