Krisis Kerajaan Negeri Sabah 2018

Krisis Kerajaan Negeri Sabah 2018

Krisis Kerajaan Negeri Sabah 2018


Kecoh apabila melihat kekecohan serba tak kena politik Sabah sekarang ini. Jika dilihat rajah di atas sesiapa tak boleh menjadi pemerintah DUN Kerajaan Negari Sabah kerana tidak mendapat majoriti 31 ke atas.

Masing mendapat 29 kerusi, BN sendirinya 29 kerusi manakala Harapan dengan PKR( 2), DAP ( 6) dan Warisan (21) total 29 kerusi. Manakala  pihak berkecuali STAR /Soladariti mendapat 2 kerusi.

Dan  kecoh apabila Tan Sri Musa umum akan dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah apabila Star akan menyertai BN. Secara tak langsung BN akan mendapat majoriti 31 kerus dan layak memimpin Sabah. Tahniah buat BN.

Tiba-tiba pula perikatan BN iaiitu Pemangku Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Datuk Seri Wilfred Madius Tangau yang menangi 5 kerusi atas tiket BN, umum parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) dan akan mewujudkan kerajaan campuran dengan Parti Warisan Sabah.

Secara automatik jika UPKO keluar dari BN dan sertai Pakatan Harapan dengan membawa 5 ahlinya yang menang kerusi Parlimen maka Pakatan Harapan akan memperolehi 34 kerusi dan layak menerajui Kerajaan Negeri Sabah.

Dan masalahnya, semua cerita ini tak tahu yang mana satu benar. Dengar khabar semua ahli UPKO masih berbelah bagi mahu pindah ker Warisan.

Tapi aku dapat merasakan bahawa BN akan  menguasai Sabah kerana Money Is King. Itu ideolagi Pak Najib.. UPKO takkan keluar dari BN dan STAR akan tetap gabung dengan BN.

Mutakhir 11.05.2018 AM

Seperti yang aku jangka Sabah bawah BN.
PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Sabah Tan Sri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di Istana Negeri, Kota Kinabalu, malam tadi.

Musa, 67, yang menjadi Ketua Menteri sejak 2003 menyempurnakan upacara angkat sumpah pada 11.05 malam di hadapan Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Parti Warisan Sabah (WARISAN) bersama PKR dan DAP dilaporkan akan menubuhkan kerajaan selepas Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) mengumumkan keluar BN dan membawa lima ADUN untuk menyertai pakatan terbabit.

Bagaimanapun, lima ADUN terbabit, Datuk Abidin Madingkir (Paginatan), Ewon Benedick (Kadamaian), Datuk Bobbey Ah Fang Suan (Nabawan), Datuk Limus Jury (Kuala Penyu) dan Datuk Masiung Banah (Kuamut) menyatakan pendirian kekal dalam BN.

Mutakhir: 11.5.2018 PM
Sabah Milik PH.
Pening tiba-tiba malam tadi PH kata sabah milik mereka pul asetelah ADUN UMNO dan UPKO lompat  parti. UPKO mula-mula beria-ria tak mahu, tiba-tiba jadi plak.

Kasihan kat Musa Aman jadi Ketua Menteri sehari sahaja...hahahaha.


KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Shafie Apdal siap sedia untuk menjadi ketua menteri Sabah selepas 6 Adun Barisan Nasional bersetuju untuk mnyertai kerjasama Warisan-Pakatan Harapan.

Dengan 6 Adun dari Umno dan Pertubuhan Pasok Momogun Bersatu (Upko) bersedia untuk bertukar parti, Shafie kini mendakwa dia memiliki majoriti, membolehkan dia membentuk kerajaan negeri.

Warisan-PH memiliki 29 kerusi pada pilihan raya umum Rabu lepas, terikat dengan Barisan Nasional.

Catat Ulasan

0 Ulasan