PAS Penentu Kerajaan Negeri Kedah dan Perak 2018

PAS Penentu Kerajaan Negeri Kedah dan Perak 2018

PAS Penentu Kerajaan Negeri Kedah dan Perak 2018


Setiap kali PRU mesti ada isu macam ni. dahulu kat negeri Perak apabila jumlah kerusi antara dua parti terkuat begitu rapat. Pakatan Harapan mula-mula memerintah dan kemudian apabila 2 calon bebas masuk BN, Pakatan Harapan tersingkir dan BN memerintah hingga PRU 14.

Dan kini tiga negeri pula selepas PRU 14 berpotensi bertukar tangan Pakatan Harapan dan BN.
Untuk Sabah agak kelam kabut sedikit . Anda  boleh membaca artikel saya di sini:

Krisis Kerajaan Sabah BN, Warisan, STAR, UPKO, DAP dan PKR.

Manakala isu di Semenanjung pula agak direct dimana Kedah Pakatan Harapan memperolehi 18 kerusi, BN perolehi 3 kerusi dan PAS memperolehi 15 kerusi. Untuk membuat majoriti kerajaan negeri Kedah memerlukan 19 kerusi DUN.

Di Perak pula Pakatan perolehi 29 kerusi dan BN 27 kerusi manakala PAS pula 3 kerusi. Untuk menjadi majoriti pemerintah kerajaan memerlukan 30 kerusi DUN.

Jika dilihat kedua-dua negeri ini tergantung sebab tiada majoriti. Kini hanya mengharapkan PAS untuk menyokong salah satu pihak samada BN atau Harapan.

Tetapi kalau PAS menyokong BN di Kedah ianya tetap tergantung sebab BN 18 kerusi dan Harapan 18 kerusi. Siapa hendak menjadi Menteri Besar dan bagaimana nak mentadbir negeri jika kedua-dua pihak lawan mempunyai majoriti yang sama. Yang hancur ialah rakyat.

Manakala di Perak pula straight forward. BN memerlukan PAS sokong mereka dan secara automatik ia akan memperolehi 30 kerusi dan layak perintah Perak.

PAS akan hadapi dilema yang cukup hebat, PAS tak boleh pecah dua iaitu Perak sokong BN dan Kedah sokong Harapan. Ia kena buat satu keputusan nak BN atau Harapan.

PAS tiada pilihan, ia terpaksa memilih samada BN atau Harapan. Kalau money is king, baik pilih BN tapi tiada kuasa ler.

Firasat aku ialah PAS akan memilih Harapan kerana hubungan lama mereka dahulu dan juga Harapan kini ialah pemerintah Kerajaan Persekutuan. Mereka tidak boleh memikir tentang Perak atau Kedah tetapi harus memikirkan tentang Trengganu dan Kelantan,

Melalui perikatan dengan Harapan, peluang mendapat ihsan minyak yang mereka perjuangkan dahulu pasti cerah untuk Kelantan dan Trengganu. Malahan Tuan Haji Hadi boleh meminta seorang ahli PAS yang berkaliber di Parlimen sebagai Menteri Kabinet jika Harapan mahukan sokongan PAS.

Harapan tiada pilihan dan terpaksa menurut permintaan PAS kalau tak mahu hilang dua buah negeri!!
Tapi kita kena ingat PAS masih lagi marah dengan DAP khususnya Lim Kit Siang yang lantang menolak RUU355 PAS dahulu.


Kalau difikirkan pula, BN menguasai hanya 79 kerusi Parlimen sahaja dan PAS 18 kerusi. Jika ia mendapat mandat sokongan BN untuk perjuangkan RUU355 ia mungkin akan kalah lagi sebab Harapan menguasai 134 kerusi Parlimen buat masa sekarang.

PAS tengah pening kepala sekarang ini. Kalau nak ikut congak  logik. Baik PAS pilih Harapan dan dan  membuat perjanjian dengan Harapan berkenaan Kerusi Menteri, ihsan minyak dan RUU355. Kalau tak dapat semua dapat sebahagian PAS tetap menang berbanding kalau PAS sokong BN.





Catat Ulasan

0 Ulasan