Luahan hati seorang pekerja awam kontrak yang dihentikan. Tapi sebelum anda membacanya. Mari lihat luahan pekerja swasta yang pernah lalui dan lihat perkara sebegini.
Luahan Pekerja Swasta semasa era Najib:
6000 pekerja MAS dibuang kerja.
Bank- bank menawarkan pakej berhenti kerja.
Duit KWSP diguna untuk tolong Amerika.Itu duit pekerja swasta.
Melihat rakan dihentikan kerja serta merta oleh majikan.
Melihat operasi syarikat dihentikan secara tiba- tiba dan majikan memberitahu kilang akan ditutup.
Nak buat loan tak lepas sebab harga rumah mahal. Kalau anda pekerja kerajaan mudah sahaja dan kadar faedah 4% sahaja. Tapi untuk pekerja swasta 7%.
Pernah beberapa kali tak dapat bonus tapi penjawat awam setiap tahun dapat.Bestkan!!
Kadar gaji pekerja swasta tak setinggi penjawat awam. Budak U nasib ler kalau dapat gaji RM1800 itupun tak boleh claim OT.
.
Pada tahun 1998 dan tahun 2008 dan tahun lepas adalah zaman gelap pekerja swasta. Berapa kali kami alami situasi sebegini, anda semua tak tahukan sebab sebelum ini anda dipayung oleh kerajaan dan setiap tahun gaji dilaras hingga satu ketika dahulu kerja swasta dianggap mewah merudum jatuh apabila si Najib asik adjust gaji kau orang hingga gaji pekerja swasta rendah pula.
Disebab gaji kau orang tinggi dan secara tak langsung 80% pekerja swasta merana sebab harga barang naik.
Mungkin anda semua akan mengatakan tiap tahun kerajaan perjuangkan gaji minimum pekerja swasta yang bermula dari RM900 dan kini RM1100. Tapi ketahuilah, kenaikan gaji minimum menyebabkan banyak elaun kami dipotong seiring untuk cover kos kenaikan gaji kami. Kau tahu yang itu.
Penjawat awam memang terkenal kerajinannya dan balik selewat 5.30pm. Tapi anda tahu tak untuk perolehi gaji sebanyak RM1500-RM1800 sebulan untuk operator, kami harapkan OT yang memaksa kami bekerja selama 12 jam setiap hari. Kami bekerja dari pukul 7am hingga 7pm setiap hari.!!!
Pernah anda ambil tahu kisah kami pekerja swasta yang bertahun- tahun bekerja dan sentiasa risau jawatan kami ini. Bekerja di sektor swasta pada zaman sekarang ini di Malaysia umpama letak tali gantung di leher. Anytime perkhidmatan tidak diperlukan.Itulah perasaan kami setiap hari.
Kadar penjawat awam yang diberhentikan kerja ialah 500 orang. Jika diambil kira jumlah penjawat awam seramai 800K. Kecil sangat peratusannya.
Bukan aku tak rasa simpati akan nasib 500 pekerja awam yang dihentikan. Aku faham bagaimana susahnya sebab aku pernah alaminya. Memang susah kalau tiada pekrjaan. tiap-tiap bulan hutang nak kena bayar. Macam-macam kerja kau buat untuk tampung kehidupan kau tapi hasilnya tak mencukupi untuk bayar hutang kau. Nak harapkan kawan-kawan, pada masa itu semua rakan hilang. Yang ada keluarga ler yang tolong kau.
Janganlah anda semua membuat pelbagai artikel untuk memburukkan kerajaan PH. Ini adalah perkara biasa untuk pekerja swasta. Kami bekerja macam lembu setiap hari dan istilah memulau langsung tiada dalam kamus. Dengan umur 40 an ini sepatutnya kami berehat tapi tenaga kami curajhkan terpaksa kekal seperti umur 20an dahulu.
Kamu tahu yang kamu adalah pekerja kontrak. Iaitu pekerjaan yang tak kekal, kenapa masih lagi bekerja bertahun-tahun dengan status pekerja kontrak. Sepatutnya anda semua mencari alternatif lain ketika itu. Tapi nasi dah jadi bubur.
Saya doakan anda semua bersabar dan artikel saya ini bukan memokok anda tetapi memberitahu, anda orang lain ada yang lagi susah dari anda. Life must move on, bukannya buat artikel kutuk kerajaan. Beribu-ribu rakan kami dulu dibuang oleh dasar polisi kerajaan terdahulu, kami tak buat artikel pun. Sekarang ini bagaimana nak tampung kehidupan keluarg aanda. Itu yang penting... Itu nasihat saya.
Untuk pekerja kerajaan, zaman emas anda telah berakhir. Lebihan pekerja awam yang diserap ke swasta nanti, lihatlah bagaimana kami bekerja.
Jom baca luahan penkawat awam kontrak ini.
Hari ini hari ke 6, sejak hari pembuangan undi. Hari ini juga sejumlah hampir 500 orang dibuang kerja di Putrajaya dan seluruh negara. Pegawai pegawai kontrak ini ditamatkan serta merta.
Ada yang menangis, sebak dan pilu. Balik ke rumah terpaksa pula keluar dari kuartes di Putrajaya. Pindah entah ke mana? Anak anak yang masih berbaju sekolah terpinga pinga, bertanya kepada ayah, kenapa kita perlu pindah ayah?
Ayah menjawab dengan air mata. "Pindahlah nak, kita tiada rumah lagi" jawab si ayah dengan bebola mata yang penuh berkaca.
Kemudian mata itu merenung jauh nasib seorang lagi anak yang masih menyusu dalam buaian. Cukupkah duit yang ada untuk beli pampers dan susu bulan ini.
Mencongak duit belanja untuk bulan puasa dan hari raya ini. Entah cukup ke tidak. GST dan harga petrol masih sama. Kini lebih derita bila kena buang kerja.
Mungkin terpaksa jual kereta atau rumah bagi tampung belanja. Yang kena buang ini majoritinya bangsa apa?
Apa dosa anak anak mereka hingga diperlalukan begitu sekali? Masa mengundi bukan main lagi buat video sedih dan simpati bersama anak kecil. Itu semua lakonan dan sandiwara, yang betulnya hari ini.
Seluruh kakitangan ICU ditamatkan kontrak di seluruh negara. Ramadahan dan Aidilfitri mereka entah ke mana. Malam ini pun masih mendukung anak dengan penuh air mata. Apa dosa mereka?
Mereka bukan anak orang kaya, mereka bukan anak orang berada. Mereka hanya mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga. Moga doa anak anak mereka yang teraniaya ini dimakbulkan Allah.
Kenapa perlu buang serta merta? Tidak sempat tunggu Hari Raya? Yang dibuang ini tidak beraya di London. Putus habis rezeki mereka. Apakah kerajaan sudah tiada duit untuk bayar gaji mereka ini?
Jimat apanya sampai hendak buang membuang orang. Belas kasihanlah pada rakyat. Malam ini, ada yang tidur dalam kereta dan surau bila dihalau dan diberhentikan secara mengejut oleh kerajaan baru Putrajaya.
Sultan Al Fateh bila sudah naik takhta bertanya pada gurunya kenapa memukulnya pada waktu dia kecil dulu. Gurunya menjawab, pukulan itu mengajar kamu agar jangan berlaku zalim pada rakyat. Bila berlaku zalim, rakyat akan ingat sampai bila bila.
Ikhlas
Pekerja Kontrak Putrajaya
0 Ulasan