Selamat Mengundi PRU Ke 14

Selamat Mengundi PRU Ke 14

Selamat Mengundi PRU Ke 14

Gambar senget....sajer ler tu. Baru nampak kelainan.

Hari ini pada tarikh 9hb May 2018 ialah tarikh keramat iaitu tarikh pengundian rakyat Malaysia yang ke 14.

Sebagai rakyat Malaysia adalah tanggungjawab kita menjalankan tanggungjawab hak demokrasi memilih pemimpin untuk 5 tahun lagi.

Siapa yang anda pilih itu adalah pilihan anda. Setiap orang mempunyai kebebasan memilih pemimpin dan parti mereka.

Inilah masanya untuk anda. Yang tidak mengundi memang rugi sangat. Anda tidak lanyak untuk berbahas  berkenaan politik Malaysia atau mengutuk parti lain. Apa hak anda....hak anda hilang sebaik sahaja anda tidak layak mengundi.

Kalau nak komplen sesuatu pemerintahan buktikan dengan mengundi. Itu sahaja jalan yang terbaik dan demokrasi.

Kali ini aku melihat, seawal pagi memang cukup panjang di kawasan pengundian. Aku dan mak aku ambil keputusan keluar lewat sikit dalam pukul 11am. Untuk saluran aku.tak.panjang rapi saluran mak aku iaitu warga emas panjang betui. Tak faham betul. Kasihan warga emas.

Masuk sahaja ke tempat pengundian, perkara pertama ia check IC aku. Then kena celup jari manis kau kat dalam ink. Aku celup dua kali sebab tak mahi digelar pengundi hantu..hahaha.

Lepas tu aku dapat 2 kertas pencalonan untuk Parlimen dan DUN. Aku.pangkah kedua- dua kertas wakil pilihan aku.

Lepas tu aku masukkan ke dalam tong yang disediakan dan keluar. Senang sahaja nak mengundi. Yang tak senang ialah kena beratur. Aku nasib baik, saluram aku pendek jer.

Selamat mengundi dan pilihlah calon anda sukai. Amin.
Selamat Mengundi PRU Ke 14

Catat Ulasan

0 Ulasan