Di Sebalik Tommy Thomas Menjadi Peguam Negara

Di Sebalik Tommy Thomas Menjadi Peguam Negara

Di Sebalik Tommy Thomas Menjadi Peguam Negara


Menurut Ketua Pemuda Amanah 
Peguam negara juga tiada kuasa mengubah keistimewaan Islam dan Melayu kerana kedua-dua keistimewaan ini adalah prerogatif Legislatif," katanya

Ketuanya, Faiz Fadzil berkata, kedudukan istimewa Islam dan Melayu tidak akan terjejas kerana ia telah dijamin dipelihara oleh kerajaan Pakatan Harapan (Harapan)

Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)
“Setakat yang kami tahu, Tommy Thomas tidak mempunyai penguasaan Bahasa Melayu yang baik. Jadi kelayakan beliau untuk jawatan Peguam Negara tidak mencukupi,” katanya

Kecoh melihat pelbagai komen tentang pelantikan Tommy Thomas yang di war-warkan akan dilantik sebagai peguam negara. Ketakutan orang melayu apabila melihat bangsa asing bukan melayu dan islam akan menerajui dunia undang-undang Malaysia.

Pelbagai persepsi timbul apakah perancangan si Tommy apabila menjadi peguam negara nanti. Apatah lagi melalui buku “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” yang terang-terang menolak agama islam sebagai agama rasmi Malaysia dan rukunegara.

Persoalan besar ialah bagaimana ia akan menasihat Agung jika ada berkaitan undang -undang islam. Tetapi persoalan yang akan kita tanya, adakah peguam negar asebelum ini mahir tentang undang-undang islam dalam menasihat Agung.

Sudah tentu ada majlis dalam Jabatan Kehakiman Syariah Malasyia akan menasihat Agung berkaitan undang-undang berkaitan agama islam negara ini. Ya, salah satu ahli majlis dalam Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ialah Peguam Negara tetapi ia dah termaktub mesti beragama islam. Maka Tommy tidak layak dalam urusan agama islam negara ini dimana beliau terpaksa menghantar wakilnya sahaja.

Sebenarnya orang melayu dan islam takut apabila peguam negara bukannya islam kerana banyak media sosial diluar sana yang provoksikan isu ini yang menjurus lebih kepada isu negatif.
Sebagaimana kisah takutnya kita kejatuhan BN akan menyebabkan jatuhnya kekuatan politik Melayu tapi ianya tidak terjadikan.

Melalui pengamatan politik, pelantikan Tommy ini adalah satu strategi dalam menghukum ahli politik yang korupsi. Itu tujuannya pelantikan Tommy yang dikira amat sesuai dalam menangani perang UMNO dan PH ini.

Bukannya kisah tentang Islam dan hilangnya hak melayu.  Tun M berfikir jika ia mengambil peguam negara berbangsa melayu dalam menangani ahli politik korupsi melayu maka akan ujud lebih banyak isu yang akan timbul. Melayu makan melayu akan timbul dan setakat ini Tun M belum ada calon melayu sebagai Peguam Negara yang boleh beliau percayai.

Dalam kes rampasan harta Najib, PDRM yang menjalankan tugas ini ialah India iaitu Amar Singh. Ada tak anda mendengar kisah buruk tentang Amar Singh. Kenapa tidak ada orang melayu yang mengetuai penyiasatan ini.

Seperti saya katakan, jika melayu yang mengetuai siasatan ini maka pelbagai isu akan timbul. Tun M tidak mahu melayu menjatuhkan melayu. Biarlah kita meletak bangsa lain. Orang melayu ini kalau bangsa lain yang membuat sesuatu perkara atau menjadi boss mereka, mereka akan ikut dengan sepenuh hati.

Tetapi jika orang melayu yang menjadi ketua, yang akan bunuh orang melayu ialah orang melayu itu sendiri. Jika apa yang aku katakan salah, tolong buktikan. !!

Aku tetap yakin alasan yang diberikan oleh Tun M ini. Jika benarlah, tindakan Tun M ini salah, anda fikir Rafizi, Azmin atau Anwar akan mendiamkan diri. Malah pada ketika aku menulis ini Agung sudah pun setuju atas pelantikan Tommy sebagai Peguam Negara. Dan pada ketika ini pun, Anwar telah dipanggil mengadap Agung semalam yang diuar-uarkan tentang pelantikan Tommy sebagai peguam negara.

Malah Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa dukacita dan bimbang terhadap laporan media yang tidak tepat dan bersifat negatif kebelakangan ini, yang dilihat boleh mengancam keamanan dan keharmonian Malaysia.

Adakah Yang di-Pertuan Agong telah diugut agar menerima lantikan Tommy sebagai peguam negara. Kelakar rasanya jika nanti dalam media sosial bercerita Agong diugut oleh Tun M atau Anwar. tengoklah nanti !!!

Dalam hal sebegini apabila orang muda yang berpaksi pada facebook sahaja, Inilah ujudnya kerumitan dalam masyarakat kita. baca dahulu tugas-tugas Peguam Negara, Hak Jabatan Kehakiman Syariah dan kuasa Yang dipertuan Agong yang boleh memecat bila-bila masa Peguam Negara.

Perubahan perlu ada dalam mencari keadilan. Kita sudah terlalu lama dimomok dengan istilah rasis Melayu dengan bangsa-bangsa lain. Sebab itu kita masih lagi dibawah kepompong macam katak. Tidak berfikir diluar kotak.

Dan aku juga tidak risau tentang pendirian Tommy tentang pemikiran beliau tentang negara ini. Kerana ia mengatakan sebelum menjadi peguam negara. Anda tengoklah apabila beliau menjadi peguam negara. Apa yang ditulis dalam buku tersebut pasti berlainan.

Kenapa? tengok sahaja Lim Guan Eng yang kini menjadi Menteri Kewangan. Ada tak ia kecoh-kecoh tentang hak cina, sekarang ini dia tengah pening melihat akaun kewangan negara yang berterabur. Pemikiran seseorang itu berubah seiring dengan jawatan yang kamu sandang.

Fikirkan anda dahulu, jadi operator. Tiap-tiap hari kamu benci dengan managament tetapi apabila kamu naik pangkat jadi manager, adakah kamu akan kutuk management kamu. Tepuk dada tanya selera. Saya rasa pasti ada sebahagian pembaca mempunyai pengalaman sendiri.

Jangan panjangkan cerita ini. Kita lihat boleh tak Tommy jalankan kerja dia iaitu mengerjakan ahli-ahli politik korupsi. Itu yang penting dan memang itupun tugas dia yang Tun M suruh buat.

Catat Ulasan

0 Ulasan