Pengumuman oleh Menteri Pendidikan Malaysia Baru iaitu Dr. Madzlee mengenai pemakaian kasut hitam mengggantikan kasut putih oleh pelajar sekolah mulai tahun hadapan disambut baik oleh ramai ibubapa.
Teringat masa zaman sekolah 80an hingga 90an, kasut hitam adalah warna eksklusif untuk sesetengah pelajar. Hanya pelajar yang berjawatan sahaja layak pakai kasut hitam ini seperti pengawas atau pengawas perpustakaan.
Kasut hitam merupakan kelas atau hireaki yang agak tinggi dahulu. Kalau nak pakai kasut hita kena berjuang menjadi pelajar terbaik atau pandai. Baru boleh jadi pengawas.
Manakala si pengawas perpustakaan pula, akan melalui siri temuduga untuk melayakkkan mereka menjawat jawatan dan menjadi si pemakai kasut hitam.
Aku pula tidak pernah merasa memakai kasut hitam kerana aku bukanlah cerdik sangat dan kurang menonjol di sekolah.
Pemakaian kasut hitam bermulalah hilangnya lambang eksklusif si kasut hitam di sekolah.
Bagi pendapat aku samada kasut hitam atau putih sama sahaja. Yang penting tahun hadapan semua ibu bapa terpaksa keluarkan perbelanjaan untuk membeli berpasang- pasang kasut hitam yang baru.
Kasut putih yang masih boleh dipakai terpaksa di simpan atau diguna untuk aktiviti lain kerana ia tidak digunakan lagi. Seronoklah semua pelajar tahun hadapan semuanya pasti akan memakai kasut hitam yang baru. Yang kurang seronok ialah pengawas sekolah dan pengawas perpustakaan yang masih memakai kasut recycle yang masih baik lagi.
Pada zaman yang serba laju atau pantas ni. Manusia kalau boleh mahukan semua kerja dilakukan dengan pantas. Tiada lagi sikap cerewet melampau seperti zaman dulu.
Dulu kasut putih wajib dicuci setiap minggu dan sapu pemutih kasut. Zaman aku dulu, hari Sabtu dah cuci kasut dan Ahad pagi kena sapu pemutih kasut. Ini semua adalah pekerjaan no value added. Lagi baik diguna untuk membaca buku.
Dengan penggunaan kasut hitam, pelajar sekarang hanya perlu basuh kasut sahaja. Untuk yang malas, boleh basuh sebulan sekali tapi pulangannya ialah kalau kau buka kasut...pehhh bau pekat pasti tersebar seluruh sekolah.
Kalau tanya pada aku, yang mana lebih baik. Kasut putih atau hitam. Untuk aku dua-dua tiada masalah. Kalau di desak, aku katakan kasut putih lebih baik.
Penggunaan kasut putih melambangkan disiplin pelajar. Kalau kau pergi sekolah, kasut kau putih dan bersih tandanya kau ini seorang yang berdisiplin tinggi.
Bukan mudah untuk membasuh dan kekalkan kasut anda putih. Leceh.
Ini sebab didikan awal pada pelajar dalam mendisiplinkan mereka adalah memakai kasut putih.
Itu pendapat aku. Aku bukan ahli menteri cuma rakyat picisan sahaja. Lagi pun isu kasut putih dan hitam bukannya isu masalah keselamatan negara atau boleh gugat ekonomi negara. Tak perlu besar-besarkan.
Cuma kasihan kat taukeh kasut Bata sebab kena simpan stok kasut lama dan sediakan kasut hitam kat stok terbaru mereka...hehehehe.
0 Ulasan