Kesan Bila Ibu Bapa Sering Menolak Pemberian Anak

Kesan Bila Ibu Bapa Sering Menolak Pemberian Anak

Hari ini ada cerita kelakar iaitu mak aku marah sebab tak dapat durian.


Ceritanya bermula apabila mak mentua aku suruh aku bawa durian kasi pada mak aku. Aku kata tak payah sebab mak aku tak makan durian. So bila aku sampai rumah mak, aku beritahu besan mak nak kasi durian tapi aku tak ambil.


Mak aku bising kenapa tak ambil. Aku diamkan diri sahaja.


Kenapa aku menolak pemberian mak mentua aku suruh kasi durian pada mak aku. Sebenarnya selama ini kalau aku nak beli barang seperti makanan pasti tak mahu.


Tempoh hari aku ajak mak aku jalan- jalan ke Vietnam pun tak mahu. Sebab kata dah tua dan malas. Nasib baik adik beradik yang lain pujuk. Kalau tak memang tak pergi. Padahal aku pilih Vietnam sebab mak aku juga, sesuai untuk warga emas melancong kesana.


Ada shopping atau bazar yang memang menjadi kegemaran warga emas. Kalau tak, kami plan nak pergi ke Medan atau Jogjakarta.


So kadang- kadang kita pun jadi frust sebab mak kita  sering menolak apa yang kita nak beri. Aku faham, ibubapa kalau boleh tak mahu menyusahkan anak- anak tapi kita nak kasikan bukan dipaksa...hehehe.


Disebabkan sering sahaja menolak atau apabila kita beli, selalu kata membazir ler atau tak makan. Lama kelamaan aku dah mula tak bertanya. Kalau tanya pasti dah tahu jawapannya.


Malam tadi merupakan klimak mak aku nak plak durian. So aku terangkan pada mak aku kenapa aku menolak pemberian durian mak mentua aku. Puas hati dapat terangkan pasal ini.


Kisah durian ini secara tak langsung menyedarkan aku iaitu setiap pemberian anak jangan kita tolak. Kalau dia nak belanja makan, kita terima sahaja walaupun kita kasihan gaji dia kecil


Sebab kalau anak nak belikan kita sesuatu tanpa paksaan kita maka go ahead. Dan untuk memupuk sikap tersebut haruslah bermula semenjak mereka dari kecil lagi.


Sebagai contoh, kalau mereka dapat duit raya yang banyak dan mahu belanja kita. Kita terima sahaja walaupun kita tahu ia budak sekolah.


Tapi aku lagi ekstrem, minggu lepas anak aku nak main game. Aku suruh pakai duit sendiri dan sebelum tu kami tengok wayang. Aku suruh belanja popcorn. Paksa sahaja walau muka monyok..hahaha.


Terpaksa buat semua tu kalau tak bila kau dah tua. Kau rasa anak- anak kau akan ingat nak kasi kau duit atau belanja kau kalau kau tak praktis semua ini.


Aku tak kata semua anak- anak akan lupa mak bapa mereka bila dah besar tapi apa salahnya kalau kita didik dari kecil.


Kita pun kalau boleh tak mahu menyusahkan anak- anak. Kalau boleh kita nak tolong mereka lagi menjalani kehidupan yang lagi baik . Tapi kalau mereka tak ingat kau langsung, sakit hati jugakan...


Nasihat aku pada semua ibubapa, kalau anak anda mahu berikan sesuatu pada anda, ambil dan setuju. Jangan menolaknya. Kalau tak jadi macam aku, salah faham....hahahaha.


Bagus juga hal ini terjadi pada aku. At least aku boleh berkongsi dengan isteri aku. Selalu y ang buat anak- anak lupa mak bapa punca dari mak. Selalu kasi muka kat anak. Tu ler sebab anak- anak lupa tentang mak dan ayah..hahahhah.

Salah mak juga...


Gambar atas di atas adalah durian yang aku bawa petang tadi..nasib baik rumah mak mentua aku ada lagi durian..



Catat Ulasan

0 Ulasan