Sukan elektronik (e-sukan) atau lebih dikenali sebagai E-Sport adalah sejenis sukan yang menggunakan elektronik-elektronik yang terdapat di dalam kehidupan seharian.
e-Sukan merupakan sebuah industri baru bukan sahaja kepada pembangunan permainan video tetapi ianya merupakan industri dan sumber ekonomi baru kepada individu yang meminati permainan video secara positif.
Bermakna main game boleh meraih pendapatan berjuta ringgit. Wow!! Ini adalah satu lagi kemajuan dunia digital yang memberi pulangan wang yang baik.
Bukannya tiap- tiap hari main game kat cyber cafe perabih duit mak bapa semata- mata nak main game dengan kawan. Tapi kalau nak pandai, permulaannya ialah kena main game kat cyber cafe kan..
Takkan tiba- tiba kau jadi pandai main game. Kau mesti ada connection dengan rakan-rakan yang minat main game dan sudah tentu permulaannya di cyber cafe dan kemudian beransur bermain dengan pihak luar secara on line dan lepas tu baru boleh join tournament kecil- kecilan sebelum kau join tournament besar.
Aku rasa adakah mentaliti ibu bapa akan membenarkan anak mereka main game sebagai kerjaya mereka. I don' t think so walaupun bukti ada menunjukkan ada orang yang menjadi jutawan dengan hanya bermain game dan ianya dari Malaysia.
Tapi bila difikirkan, Malaysia sekarang ini menuju ke arah dunia revolusi industri digital seharusnya ibu bapa pun harus mengubah cara pemikiran mereka dengan expose anak mereka dengan dunia game atau bahasa sopan e- sukan.
Jika ditanya pada aku, aku belum bersedia dengan e- sukan. Kerana untuk aku e- sukan ini sebenarnya adalah dadah digital untuk anak muda. Terperuk berjam- jam lamanya di depan komputer. Tidak bercampur gaul dengan masyarakat. Stress setiap kali kalah main game. Inilah yang anda mahu untuk anak anda?
Ya, anak anda tidak akan bergaul dengan rakan- rakan diluar dan ia sentiasa berada di rumah tapi adakah ini sihat terutama untuk budaya Malaysia secara khususnya.
Namun kita kena akui, perubahan zaman teknologi semakin berkembang. Mahu tak mahu kita kena adopt. Aku akan adopt jika anak- anak aku minat tapi bukan atas galakan aku. Terpaksa ler.
Lagipun dalam Sukan Sea pun akan ada acara e- sukan ini. Bermakna Asia pun sedang promosi e-sukan dan ia adalah bidang yang berkembang secara pesat dan kita tidak punyai kemampuan menghalangnya.
Untuk ibubapa jangan marah kalau anak anda suka main game. Tapi janganlah kasi main game sampai muka jadi kejang dan strok...hehehehe.
Janganlah sampai mereka lupa tanggungjawab sosial dan agama pula apabila khusyuk main game. Ia harus seimbang. Tapi melalui pengalaman aku, bila kau main game takkan ujud yang seimbang. Tarikan main game ini dahsyat sampai kau lupa makan dan tidur.
Secara peribadi untuk aku e- sukan ini mengarut dan bodoh. Tapi apa nak buat, kita harus ikut aliran masa kini mahu tak mahu kena telan sahaja ler bidang e - sukan yang memgkhayalkan ni. Inilah dadah digital masa kini.
Tak lama anda akan lihat ada orang yang akan bunuh diri kerana kalah main game. Mak bapa kena pukul sebab halang anak main game. Anak lari rumah sebab ibu rampas konsol game. Dan macam- macam lagi. Tak percaya, jika umur Hanif Bin Idrus blog ini panjang, tengoklah nanti.
Dibawah ini adalah keratan artikel kehebatan e- sukan.
E-sukan turut dipertandingkan buat kali pertama pada temasya Sukan Asia tahun ini sebagai acara demonstrasi dengan pingat yang diraih tidak dikira dalam pungutan keseluruhan.Seorang rakyat Malaysia Yap Jian Wei atau nama mayanya, xNova dan empat ahli kumpulannya, PSG.LGD menjadi jutawan baharu selepas mendapat tempat kedua dalam pertandingan Dota 2 The International 8. xNova dan ahli kumpulan yang ditaja kelab utama bola sepak Eropah Paris Saint-Germain itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$4,075,965 (RM16,676,810) dalam pertandingan yang berlangsung di Vancouver, Kanada.
0 Ulasan