Dan golongan Mak Nyah ni telah dihina dalam banyak sosial media. Kasihan aku melihat mereka dipermainkan begitu sekali.. Mak Nyah adalah panggilan tempatan untuk golongan khunsa di Malaysia.
Masyarakat Malaysia ini agak tersasar sedikit apabila mereka menempelak golongan Mak Nyah ini. Adakah Mak Nyah ini termasuk dalam golongan LBGT? Itu aku nak tanya pada semua rakyat Malaysia ler.
Adakah semua Mak Nyah ini transgender iaitu golongan yang mempunyai jantina yang benar tetapi melakukan pembedahana menukar jantina atau seorang lelaki memakai pakaian wanita. Jika benar, aku menerima segala kecaman anda kepada mereka.
Tapi realitinya golongan Mak Nyah ini mereka dilahirkan sebegini dan sering di streotaip sebagai golongan yang mempunyai tabiat seks luar tabii.
Islam menerima golongan khunsa musykil (mempunyai dua jantina), bagaimanapun menolak golongan yang mengamalkan gay dan lesbian yang jelas sekali haram di sisi agama.
Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad berkata, golongan khunsa musykil tidak meminta dilahirkan begitu kerana ia merupakan kejadian ALLAH buat mereka.
Justeru, tidak ada halangan untuk mereka memilih jantina mana mereka lebih cenderung selepas tempoh masa tertentu atau boleh dibuktikan secara klinikal.
Di atas adalah petikan artikel yang klasifikasikan golongan khunsa.
Saya berharap rakyat Malaysia khususnya berhati-hati apabila membuat kecaman, Ya, sekarang ini isu LBGT memang cukup panas dan kita sebagai rakyat Malaysia yang waras tidak akan menerima budaya sesat sebegini. Apatah lagi jika kita sebagai Muslim yang jelas menolak LBGT ini.
Tetapi kita jangan samakan isu Khunsa dengan LBGT ini. Ia kes yang amat berbeza dan tidak ada kena mengena dengan LBGT ini.
Golongan Khunsa ini memang sering dikecam kerana perwatakan mereka yang sasa seperti lelaki tetapi gaya mereka seperti wanita. Dari segi fizikal dan penggerakan kita cepat mengetahui bahawa mereka ini Khunsa atau Mak Nyah.
0 Ulasan