KERAJAAN TANGGUNG KOS SELENGGARAAN EQUANIMITY. Gila?

KERAJAAN TANGGUNG KOS SELENGGARAAN EQUANIMITY. Gila?

Kerajaan tanggung kos selenggara Equanimity RM3j sebulan

“Kos penyelenggaraan kapal itu dianggarkan berjumlah RM3 juta sebulan. Ketika ini, ia akan ditanggung oleh kerajaan,” kata Peguam 1MDB Jeremy Joseph.

Pehhh...topik panas yang sedap digunakan oleh pembangkang untuk tembak Kerajaan Malaysia Baru kerana terpaksa perabih RM3 juta sebulan selama 8 hingga 9 bulan sementara untuk mengetahui siapa pemilik Kapa Mewah JLow The Equanimity.

Kalau buat kira-kira kasar perbelanjaan tambahan selama 8 bulan ialah RM24juta, banyak projek boleh dibuat oleh membantu rakyat daripada bayar selenggaraan kapal mewah yang terperuk di Pelabuhan Klang itu nanti.

Belum lagi dikira kehilangan "manpower" nak jaga kapal ini dengan kekuatan  kira-kira 50 pegawai dan anggota PPM Selangor.

Sebab itu Indonesia beri-ria nak pulangkan kapal The Equanimity, rupa-rupanya mahal nak mampus kos selenggaraan kapal ini. Yalah...kapal harga 1 billion memang ler mahal nak maintainkan prestasinya.

Berbalik semula kos selenggaraan The Equanimity RM3j sejuta ini, kerajaan Malaysia Baru harus jelaskan dengan betul pada rakyat, sebab isu wang ini agak sensitif pada rakyat Malaysia. Kena beritahu ini adalah prosedur dalam kes dengan syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sekarang status  kapal mewah The Equanimity ini masih belum jelas. Kalau benar-benar ia melibatkan 1MDB barulah senang kerajaan nak tentukan samada nak jual atau lelong kapal The Equanimity ini.

Maklumat terkini diperolehi ialah Kementerian Kewangan merancang untuk menjual kapal itu dengan harga tertinggi supaya Malaysia beroleh kembali kira-kira US$250 juta (RM1 bilion).
So kalau tolak kos RM24j maka ia tak teruk sangat ler.

Kes 1MDB ini lepas Najib jatuh pun masih lagi menyusahkan. Nak kena tanggung beban kapal The Equanimity. JLow and  the Geng dah puas enjoy kat kapal ini dengan model-model dan berparti siang malam, najis di akasi kita uruskan. hawau tuiii....Kasihan juga aku melihat Kerajaan Malaysia Baru ini.

Saya harap semua jangan kecam kerajaan baru ini pasal kapal The Equanimity. Ini kes terpaksa, mahu tak mahu kena tanggung juga.
Sementara tu apa lagi, ahli kabiner, jom ler guna kapal ini ronda-ronda semalaman, jangan kau orang buat parti dah ler...hahahahaha.

Kerajaan tanggung kos selenggara Equanimity RM3j sebulan.

Kerajaan tanggung kos selenggara Equanimity RM3j sebulan.

Kerajaan tanggung kos selenggara Equanimity RM3j sebulan.

Kerajaan tanggung kos selenggara Equanimity RM3j sebulan.





Catat Ulasan

0 Ulasan