Tempoh hari pada 20hb July aku ada membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Melaka kerana rumah mak aku longkang pecah disebabkan tanah mendap di kawasan perumahan di Bandar Hilir.
Aku menggunakan perkhidmatan online Sistem Pengurusan Aduan Awam dan hantar maklumat tersebut melalui agensi yang sepatutnya. Ini kali kedua aku hantar aduan menggunakan website ini.
Kenudian melalui email yang aku hantar aku mendapat surat rujukan pemasalahan aku ini. Gambar seperti dibawah.
Surat di bawah menjelaskan masalah aku ini sedang dalam semakan dan penyiasatan. Gambar sebelah menunjukkan keadaan longkang rumah makk aku yang makin teruk.
Aku melihat keadaan longkang memang teruk dan jika nak repair ini bukan satu kerja yang mudah. Berdasarkan pengalaman aku dengan agensi kerajaan ini, skalau tanah mendap pun ia tak ambil peduli. Apatah lagi kalau kos yang melibatkan pembinaan semula longkang yang akan memakan kos dan masa yang besar. Kena buat longkang baru beb!!!
Seperti aduan sebelumnya, ada orang yang datang dan jenguk berkali-kali tetapi haprak!!
Aku tak mengharapkan sangat longkang mak aku akan dibetulkan sebab ia teruk sangat, apa nilai kami masyarakat marhean yang berkali-kali kena tipu nak percaya dengan agensi kerajaan. Kami dah biasa kena tipu dengan gomen..
Namun sesuatu yang ajaib berlaku apabila mak aku telepon dan berkata, longkang rumah sedang dibaiki oleh Majlis Perbandaran Melaka. Wau!! Terkejut aku dibuatnya.
Di bawah ini adalah projek pembinaan sedang dibuat depan rumah mak aku.
Terima kasih MBMB yang telah menyelesaikan masalah mak aku. Aku mula berkeyakinan pada anda dan juga kerajaan Malaysia baru. Usaha yang baik dan berhemah dan cekap dari anda semua.
Kekalkan momentum yang ada dan aku bersyukur perubahan demi perubahan yang baik berlaku dalam kepimpinan Malaysia. Amin.
0 Ulasan