Tempoh hari aku ada pergi melancong ke Thailand Hatyai dan sepanjang masa di situ aku dan rakan-rakan lelaki menghabiskan masa melawat seberapa banyak kawasan pelancongan di hatyai dan misi utama kami ialah makan. Dan misi ini berjaya.
Kami melalui Bukit Kayu Hitam dan harus melepasi bandar Danok sebelum mengambil masa satu jam perjalanan ke Hatyai. Jika kita mengambil kira sejarah Danok ini ialah sebuah kawasan pelancongan yang amat popular bagi lelaki Malaysia. Popular bukan makanan atau bangunan bersejarah tetapi ia merupakan sebuah daerah pelacuran, syurga untuk lelaki.
Tetapi apabila aku ditanya secara lawak lawatan aku ke Thailand adakah membuat apa yang dilakukan oleh lelaki Malaysia yang lain dengan kerap oleh rakan lelaki lain . Aku dah mula menyampah pula. Mereka ingat aku pergi ke sana dengan rakan lelaki, kami akan buat perkara syurga dunia..hehehehhe. Sama juga soalan kalau aku pergi Indonesia. Benda yang sama ditanya.
Adakah wajah aku ini nampak macam muka gila seks atau hensem sebab semua perempuan aku nak... Jika ditanya aku, wajarkah ditanya pada aku soalan sedemikian. Aku rasa tak wajar sebab bila berbicara soal wanita pelacuran ini bukan sahaja ia ada di Thailand atau Indonesia. Tetapi seluruh dunia boleh menyumbangkan wanita sedemikian termasuk Malaysia.
Bosan dengan soalan sedemikain kerana kami bukan begitu. Kami pergi sebab nak releasekan stress dan enjoy melihat budaya negara lain. Dan mencuba sesuatu yang baru.
Ini tidak kami dicop sebagai lelaki gatal pergi ke Danok. Padahal kalau kau ke sana aku lihat ramai wanita Malaysia yang melancong ke Hatyai. Ada pasangan suami isteri aku lihat menginap di Danok selamba sahaja. Ada pasangan dengan anak-anak mereka juga aku nampak berjalan di Danok.
Maka apa masalahnya mereka boleh mengandaikan kami buat perkara yang negatif. Mengapa tak lihat perkara itu sesuatu yang positif. Pertanyaan mereka seolah-olah, berzina dengan pelacur ini adalah perkara yang normal. Satu benda yang kelakar dan boleh dibualkan.
Kesimpulan yang aku boleh katakan ialah maksiat pada zaman akhir ini adalah sesuatu yang normal. Tak kira kau tua atau pun muda semua terbuka membuat maksiat secara terbuka. Dan paling penting kita bualkannya macam sembang tengok bola. Bukan segelintir tetapi hampir sebahagian besar yang membicarakannya.
Kedua ialah fikiran manusia sentiasa fikirkan yang negatif. Padahal realitinya seperti yang aku katakan tadikan. Terdapat pasangan suami isteri atau anak-anak melancong ke sana. Yang bezanya semuanya adalah niat anda. Kalau niat pertama kau nak buat jahat. Maka jahatlah. Kalau niat kau nak buat baik, maka baiklah perjalanan kau. Kau boleh tipu anak bini kau, kata kau pergi berjalan tetapi kau melencong tah kemana-mana.
So saya harap semua hentikan bertanya soalan yang bukan-bukan pada rakan-rakan kau kalau pergi ke Thailand atau Indonesia. Terutama pada aku. Sering kali aku katakan pada umur aku yang sebegini, aku tak mahu buat perkara yang bukan-bukan. Kalau nak jahat bukan sekarang. Cukuplah dosa yang ada sekarang ini belum tentu kita tahu akan terjawab. Ini kau nak tambah dosa besar pula dengan berzina diwaktu umur yang senja ini. Mendengar perbualan mereka sahaja dah buat aku tambah dosa aku.

0 Ulasan