SEMBELIT ADALAH DUGAAN TERHEBAT

SEMBELIT ADALAH DUGAAN TERHEBAT

SEMBELIT ADALAH DUGAAN TERHEBAT

Apabila bercerita tentang sembelit ini tentu semua mencemik pada aku kerana membuat artikel sedemikian. Artikel picisan yang tak patut ditulis..hehehe.
Tapi bagi aku semua manusia didunia ini pernah mengalami masalah sembelit ini tanpa mengira umur atau jantina. Cuma yang membezakan sembelit ini ialah tahap kritikal sembelit yang anda alami.
Dan rata- rata semua setuju dengan aku sembelit ini adalah salah satu dugaan terhebat ketika berada di tandas.

Sebelum kita bercerita tentang sembelit ini. Pengertian asas sembelit ialah istilah sembelit atau yang dalam dunia sains dikenal dengan konstipasi merupakan masalah pencernaan yang sudah sangat umum terjadi. Dimana najis sudah menjadi keras dan besar. Inilah maksud sembelit
Sembelit yang paling teruk ialah apabila perut kau tiba- tiba sakit dan memang konpem mahu buang air besar tapi bila dah masuk ke tandas kau kena sembelit.
Popo (nama panggilan najis, buruk lak kalau pakai nama najis. Popo manja skit) kau tak mahu keluar walaupun kau meneran sekuat hati seolah- olah kalau teran memang konpem dapat buasir. Tapi ia tetap sangkut gak.

Perut dah memulas tapi popo tak mahu keluar. Meneran sampai berpeluh tapi tiada perubahan. So anda ambil keputusan, rilek jap dan keluar dari tandas sebab dah lenguh badan di tandas.
Tapi perut masih memulas lagi, masuk sekai lagi ke tandas tapi popo tak nak keluar gak. Anda dah mula berputus asa dan bimbang, kali ini bukan sahaja berpeluh tapi kepenatan sebab banyak kali meneran. Belum kira kaki kau sejuk main air paip dari tadi.
Belum lagi kira mak bapak kau kat luar memekak apasal kau lama sangat di tandas. Meneran kuat- kuat tapi suara kena kontrol takut mak bapak kau dengar. Buruk kalau dengar suara kau memeran.heheheh.

Tekanan mula membuak. Sudah satu jam ditandas tapi tiada hasil. Hati dah bimbang. Kalau popo tak boleh keluar macam mana?

Akhirnya anda membuat keputusan memeran dengan sekuat hati. Itulah peneranan terhebat kau sepanjang kau buang air besar. Peneranan mula mendatangkan hasil, anda terus meneran sambil peluh membuak keluar. Akhirnya popo berjaya dikeluarkan.

Mungkin meneran kali ini berjaya disebabkan aktiviti peneranan sebelum ini yang telah menstabilkan kedudukan popo pada kedudukan yang betul.

Anda keletihan sambil dada turun naik kerana aktiviti peneranan anda. Terasa bersyukur sangat sebab masalah dapat diselesaikan. Lihat jam rupanya anda sudah berada di tandas 1.5 jam. Anda mula berpikir, begini ker rasanya kalau perempuan nak bersalin sambil tersenyum.

Inilah pengalaman rakan aku ketika ia menceritakan dugaan sembelitnya. Aku hanya pendengar yang cekap dan menasihatkan beliau agar banyak memakam serat supaya tidak sembelit. Perbanyakkan minum air suam dapat menghindar dari gejala sembelit.

Aku rasa sembelit yang dialami oleh rakan aku kasi kasi rating 10/10 iaitu sembelit paling sukar. Dan jika anda mahu alami sembelit kritikal tersebut, mudah caranya iaitu makan macam- macam dan jangan makan sayur. Jangan buang air besar 3 hari. Maka anda sudah boleh mengalami sembelit kritikal kawan aku ni..hehehehe.

Maaf jika artikel kali ini bercerita tentang sembelit tapi inilah realiti dalam kehidupan. Cuma kita segan nak ceritakan. Tapi bila dengar azabnya sembelit, aku pun takut...huhuhuhu.

Catat Ulasan

0 Ulasan