TREND SATAY BERLEMAK

TREND SATAY BERLEMAK

TREND SATAY BERLEMAK


Nak tanya ler sekarang ini memang trend terkini satay dicucuk dengan lemak? Sebab sejak kebelakangan ini aku makan satay di banyak tempat aku lihat setiap cucuk satay mesti diselang seli dengan lemak. Aku pernah sekali terkena dalam satu cucuk 2 keping daging dan selebihnya lemak.

Adakah ini trend terbaru masyarakat Malaysia iaitu makan lemak. Jika ia berlaku pada satu kedai, aku faham ler. Tapi hampir semua kedai satay yang aku pergi amalkan trending ini  iaitu Satay Berlemak.

Kalau kau order 10 cucuk , kau sebenarnya hanya membeli 6 cucuk sahaja sebab selebihnya ialah lemak daging yang dicampur dengan daging. Sebenarnya secara serius makan lemak yang dibakar memang sedap. Sebab aku pernah termakan sekali, tapi kau umpama makan makanan untuk koleksi kolestrol dan penyakit jantung...hehehehe, Apatah lagi dengan umur aku yang semakin tua ini, memang cari nahas kalau makan satay berlemak ini.

Jika ia trend terkini memang sah rakyat Malaysia ini tidak tahu menjaga kesihatan. Maklumat tentang bahaya makan lemak daging ini aku rasa semua masyarakat dah tahu cuma mereka tidak memperdulikannya.  Sebab itu kadar darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung di Malaysia amat tinggi dan ia bukan sahaja melibatkan warga emas tetapi anak muda seawal umur 30an. Dan ada juga seawal 20an.

Tapi kalau ia memang strategi peniaga yang mahu kaut keuntungan yang lebih sedikit maka ia memalukan. Sebab ia menjalankan perniagaan secara menipu dan impak yang lebih besar ialah ia menyumbang kepada kadar sakit jantung pada rakyat Malaysia. Bayangkan jika anda mempunyai pelanggan tetap yang selalu makan satay di kedai anda, tak banyak dia makan cuma 5 cucuk seminggu tetapi setiap kali ia makan ia makan satay berlemak anda.  Dalam masa 5 tahun anda rasa pelanggan anda akan berada dimana. Sudah tentu ia akan di diagnosis sakit jantung atau kadar kolesteral tinggi.

Semuanya berpunca dari ketamakan anda yang mahukan sedikit keuntungan tetapi anda bermain nyawa pelanggan anda. Belum lagi wang yang anda dapat adakah ia halal? Aku tak mempunyai hak untuk mengatakan rezeki anda halal atau tidak, itu semua adalah hak Allah tetapi cara perniagaan sebegini, sendiri boleh fikir.

Mungkin anda boleh mengatakan satay yang anda jual ambil dari pemborong. Tetapi adakah ia menghalalkan cara jika anda buat tak tahu tapi anda tahu.

Itu cuma nasihat aku pada peniaga yang menjual satay berlemak. Janganlah meniaga cara begini. Aku rasa, ia menjadi trend apabila seorang penjual satay lihat ada kedai yang buat satay berlemak, maka ia pun ikut. Akhirnya ia menjadi trending semua masyarakat penjual satay di Melaka. Tetapi kenapa perlu ikut trending yang salah? Senang sahaja jawapannya, nak untung lebih tapi bukan boleh jadi kaya raya pun..hahaa

Ya, ia berlaku di Melaka dan semakin berkembang. Trending yang kurang sihat!!
Untuk mereka yang datang ke Melaka, kalau dapat satay berlemak ini, asingkan sahaja. Makan satay di Melaka akan menyebabkan anda terpaksa membuat kerja tambahan iaitu proses pengasingan lemak..hehehehehe.

Dan untuk peniaga satay yang masih setia dengan kejujuran. Aku ucapkan tahniah!! Memang perit melihat rakan kita dapat lebihan keuntungan melalui satay berlemak tetapi atas dasar tanggungjawab, anda kekalkan satay original saya tabik!!

TREND SATAY BERLEMAK



Catat Ulasan

0 Ulasan