WAJARKAH STRAW PLASTIK DIHARAMKAN

WAJARKAH STRAW PLASTIK DIHARAMKAN

WAJARKAH STRAW PLASTIK DIHARAMKAN

Kementerian Wilayah akan mengharamkan penggunaan penyedut minuman plastik di semua kedai dan restoran makanan di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan mulai Januari tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan pencemaran dan memelihara alam sekitar.

Menurutnya, tindakan penguatkuasaan akan diambil bermula tahun 2020 selepas pengguna terutama peniaga diberi kesedaran mengenai bahaya penggunaan produk berasaskan plastik.

“Kita akan menggunakan peruntukan undang-undang yang sama seperti penggunaan beg plastik dan bekas makanan polistirena iaitu peniaga yang didapati me­langgar peraturan boleh dikompaun tidak melebihi RM1,000.

Walau bagaimana pun pelaksanaan ini haruslah melihat dari pelbagai sudut. Hendak mengharamkan straw memang senang tetapi kita juga harus fikir siapakah pihak yang akan mendapat impak buruk dari pelaksanaan ini. Selain itu apakah pengganti alternatif lain kepada straw plastik.

Pertama kita harus fikirkan bagaimana golongan OKU yang menggunakan straw plastik hendak minum jika straw di haramkan. Golongan OKU yang kurang keupayaan atau anak-anak down sindrom menggunakan straw adalah satu keperluan yang wajib.
Ada yang mencadangkan penukaran kepada straw kertaspenye­dut air kertas yang disaran sebagai pilihan terbaik sebenarnya memang tidak sesuai digunakan untuk minuman panas manakala penyedut air daripada besi berbahaya kepada pesakit Parkinson. Terkini kita boleh menggunakan straw compos yang dibuat dari sayuran tetapi harganya  lagi mahal dari straw palstik atau kemungkinan alergik makanan.

Selain itu pengharaman pada straw agak kelakar kerana straw tidak membawa impak yang besar dalam menyelamatkan alam sekitar tetapi aku sokong ia tetap satu usaha yang mulia. Tiada bukti yang menunjukkan straw merupakan pemasalahan alam sekitar terutama di lautan. Pencemaran plastik terbesar di lautan terbahagi dua iaitu beg plastic dan mikro plastic.

Jika dilhat data menunjukkan penggunaan straw akan mengurang penggunaan beratus juta straw tetapi ia tidak sehebat pemasalahan dari belon plastic, beg palstik atau mikro plastic yang lebih besar. Kan lebih baik selesaikan pemasalahan utama sebelum melalut mahu haramkan straw.

Pengharaman straw sebaik-baiknya harus dilihat sebagai satu yang serius. Kita  memandang remeh pengharaman ini kerana kita tidak menerima tempias yang kuat dari pengharaman ini. Paling teruk pun pergi kedai mamak minta nescafe ais, anda akan dapat segelas nescafe ais tanpa straw. Itulah impak terkuat untuk sebilangan majoriti pengguna straw.

Walau bagaimanapun aku tetap menyokong apa jua usaha untuk mengurangkan pencemaran plastic di dunia ini. Namun setiap peruabahan haruslah secara berperingkat dan janganlah terus mengharamkannya. Lihat segala aspek negative dan positing pengharaman ini. Ya, aku akui sebelum pengumuman pengharaman ini, pasti kajian telah dilakukan.

Aku menulis disini atas kapasiti melihat pelbagai sudut sebagai masyarakat kelas kedua. Kadangkala masyarakat elit atau kelas pertama iaitu pembuat keputusan ini, hanya melihat pemasalahan dalm kelompok mereka hingga lupa melihat pada masyarakat marhaen macam kita ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan