WAJARKAH UMUR MENGUNDI DITURUNKAN DARI 21 TAHUN KE 18 TAHUN

WAJARKAH UMUR MENGUNDI DITURUNKAN DARI 21 TAHUN KE 18 TAHUN

18 TAHUN
Semalam ada berita hangat oleh Syed Saffiq bahawa Pakatan Harapan bersetuju unuk merendahkan umur pengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun. Tun Mahathir menyokong perkara ini dengan mengatakan belia Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas sudah semakin matang dalam membuat pilihan kerajaan mereka.

Aku sebulat suara menyokong usul ini kerana majoriti umur penduduk Malaysia adalah dari golongan belia. Mereka adalah penggerak ekonomi dan politik Malaysia disebabkan majoriti mereka. Maka mahu tak mahu kita terpaksa memberi ruang kepada golongan belia ini dalam memilih kerajaan pilihan mereka. Tapi ramai akan mencemik umur 18 tahun boleh mengundi?

Kan budak ini masih lagi dalam alam persekolahan, apa yang mereka tahu tentang politik. Malah pemikiran mereka dalam memilih parti pasti mengikut telunjuk ibu bapa mereka. Kalau keluarga PAS mempunyai 8 anak yang berumur 18 hingga 20 tahun, memang mewah PAS dapat undi percuma kerana mak bapak mereka orang PAS. Itu pendapat sesetengah golongan.
Tadi aku ada baca Free Malaysia Today mengeluarkan senarai kelayakan umur 18 tahun. Apa sangat umur 18 tahun dengan undang-undang dibawah. Tiada bezanya.

  • Had umur minima untuk mendapatkan lesen memandu motosikal: 16
  • Had umur minima untuk mendapatkan lesen memandu kereta: 17
  • Had umur minima untuk berkahwin: 16 (dengan keizinan hakim)
  • Had umur minima untuk bekerja: 16
  • Had umur dikategorikan penjenayah bawah umur: 18
  • Had umur minima masuk parti DAP: 17
  • Had umur minima masuk parti PKR: 18
  • Had umur minima masuk parti Umno: 18
  • Had umur minima masuk PAS: 13 


Pada umur 16 tahun hingga 18 tahun, kita memberi mereka kebebasan untuk berkahwin, ambil lesen kereta /motosikal, masuk parti politik TETAPI apabila hak mereka untuk mengundi kita persoalkan dengan alasan mereka tak matang . Aku rasa amat mengecewakan.

Manakala lebih 200 buah negara di dunia ini yang membenarkan golongan belia 18 tahun untuk mengundi. Aku quate kata-kata Rajiv Gandhi kenapa India benarkan umur 18 tahun untuk mengundi.

 On December 15, 1988, when the Lok Sabha passed the Constitution (Amendment) Bill lowering the voting age to 18 years, it was adopted unanimously. Rajiv Gandhi, the prime minister at the time, said it was "an expression of our full faith in the youth of the country"


India merupakan salah sebuah negara pada tahun 1988 telah mengurangkan umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun. Kenapa? Kerana kerajaan India ketika itu yakin golongan belia yang akan menerajui negara ini ke arah kegemilangan. Negara yang dianggap belum membangun pun sudah mula mengiktiraf golongan belia berumur 18 tahun. Apatah lagi kita pada tahun 2018, rakyat kita semua sudah celik huruf.

Manakala ada negara yang membenarkan umur 16 tahun layak untuk mengundi.

The minimum age is 16 in ArgentinaAustriaBrazilCubaEcuadorNicaraguaand the Isle of Man, Jersey and Guernsey (three self-governing British Crown Dependencies). People aged 16–18 can vote in Bosnia, Serbia and Montenegro if employed. The highest minimum voting age is 21 in several nations.

Maka apa masalahnya dengan umur 18 tahun?  Ada negara yang memberi kelonggaran umur 16 tahun untuk mengundi iaitu tingkatan empat. Kalau Malaysia setakat 18 tahun tiada masalah.

Dengan data yang ditunjukkan maka aku menyokong penuh pengurangan umur mengundi rakyat Malaysia dari 21 tahun kepada 18 tahun. Sudah tiba masanya golongan belia terlibat dalam politik dan memilih kerajaan yang akan membela mereka. 

Dengan situasi ekonomi yang terlalu ketat dan kadar pengangguran belia bergraduan semakin tinggi maka mereka mempunyai hak untuk suarakan kebimbangan mereka. Untuk aku golongan belia ini adalah tiang negara, merekalah yang akan membentuk Malaysia untuk 10 atau 20 tahun yang akan datang.  Mereka begitu penting dan layak untuk mengundi!!

Catat Ulasan

0 Ulasan