KENAPA RAMAI AHLI UMNO DITERIMA KE BERSATU? ADA AGENDA?

KENAPA RAMAI AHLI UMNO DITERIMA KE BERSATU? ADA AGENDA?

KENAPA RAMAI AHLI UMNO DITERIMA KE BERSATU? ADA AGENDA?

Semenjak kekalahan BN dalam Pilihanraya ke 14, arah tuju UMNO nampak semakin tidak tersusun. Sejarah gah UMNO sedikit demi sedikit dilupakan malah kini ia menjadi bahan ketawa oleh masyarakat umum kerana terkenal dengan rasuah dan kronisme.

Sampai Pak Najib terpaksa letak jawatan dan diganti oleh Pak Zahid tapi Pak Zahid pun keadaan tertekan dan terpaksa rileks dulu dan berikan kepada Tok Mat untuk pimpin UMNO buat sementara. Nak kasi tambah buruk, perikatan BN mula goyah apabila MCA mula nak keluar dari perikatan yang telah dibina selama 6o tahun!!

Dan pepatah lama kata sudah jatuh ditimpa tangga, ramai ahli UMNO pindah ke Parti Pribumi Melayu Bersatu ( BERSATU) dan ini mengurangkan kekuasaan mereka di Dewan Rakyat. Dan pasti akan kehilangan negeri-negeri yang masih di bawah mereka, jika trend pindah parti ini tidak dikawal sepenuhnya.

UMNO semakin teruk dan kita semua tahu ia tidak relevan lagi sebagai kuasa politik Melayu yang kuat. Ini semua salah mereka juga kerana tamak dan tamak menyebabkan mereka menggali kubur mereka sendiri. Bukan salah rakyat tetapi pucuk pimpinan yang kuat menjilat ketua hingga tak nampak kesalahan yang dilakukan oleh boss besar mereka, Itu kesilapan terbesar UMNO.

Dengar khabar 40 orang ahli UMNO yang menang pilihanaraya akan lompat parti ke BERSATU.
Aku disini bukan nak kasi data berapa ramai ahli UMNO yang pindah ke rumah baru BERSATU.

Persoalan besar, kenapa Tun M membuka pintu kepada ahli UMNO masuk  BERSATU? Sampai sesetengah ahli BERSATU merasa gusar melihat situasi ini kerana tidak mahu BERSATU diracun oleh budaya rasuah dan kronisme UMNO menapak di BERSATU.  Aku merasakan ia akan menjadi isu panas dalam mesyuarat agung BERSATU tak lama lagi...


Untuk aku satu sahaja iaitu kelansungan politik survival Melayu. Ketika PR14 kemenangan Pakatan Harapan hampir semuanya dari PKR. Tetapi berapa ramai bangsa melayu dalam pembuat keputusan di Dewan Parlimen. Tidak ramai saudara, kerana kebanyakkan ahli DAP semuanya memakai bendera PKR sebagai satu langkah menghilangkan rasa curiga orang melayu pada DAP pada PKR14 yang lalu.

PKR sendiri pun adalah sebuah parti berbilang kaum bukannya parti melayu. Ya, sekarang Anwar berkuasa di PKR tetapi jika Anwar tiada, sesiapa jua boleh menjadi Presiden PKR termasuk Cina atau India. Bukanlah dalam masa terdekat ini, mungkin dalam masa 20 hingga 30 tahun lagi jika Pakatan Harapan masih memerintah. Ianya tidak mustahil tapi aku mungkin tidak sempat melihat perkara ini berlaku.

Berdasarkan jumlah majoriti, PKR adalah paling layak memegang jawatan Perdana Menteri dan seperti aku katakan PKR adalah multirasis parti serta kebanyakan kerusi dewan di bawah ahli politik Cina, India dan Melayu maka tidak mustahil bangsa lain boleh  memegang jawatan PM.

Perlembagaan tidak boleh ditukar? Mesti boleh kalau dapat undian 2/3 undian ahli Dewan Parlimen yang menyokong perubahan klausa Perdana Menteri Malaysia boleh dilantik dari bangsa lain. itulah senario paling teruk yang aku boleh jangkakan. Kekecohan mungkin akan berlaku tapi ia boleh dilaksanakan.

Persoalan timbul ialah kenapa kita nak ambil risiko sedemikian. Kenapa kita tidak boleh kuatkan bangsa Melayu dalam survival politik sebelum terlewat. AMANAH rata-rata ialah bangsa melayu dan ditambah BERSATU pada masa kini belum cukup kukuh lagi dalam Pakatan Harapan. Kita memerlukan satu lagi parti melayu yang bersama dan bersatu jika tidak mahu kehilangan survival melayu.

PAS dari awal lagi dah benci BERSATU dan DAP. Manakala UMNO pula memang musuh ketat BERSATU.
Maka mahu tak mahu peluang yang ada adalah memancing ahli politik UMNO lompat parti ke BERSATU tetapi yang ada kerusi di Dewan Parlimen/ Rakyat lerrr..

Dengan cara ini kekuatan melayu akan kembali kuat. Pada pandangan aku TUN M bukan mahu 2/3 undian ahli Pakatan Harapan tetapi 2/3 ahli dalam Dewan Parlimen ialah melayu!!! Itu sebab BERSATU menerima hampir kesemua ahli UMNO masuk ke BERSATU.

Jika pandangan aku ini benar maka pada PR15 nanti akan berlaku sedikit perubahan dengan syarat kekuatan BERSATU dalam politik mesti bercambah dengan kemasukan drastik ahli UMNO ke BERSATU tidak kira ahli biasa atau ahli politik maka BERSATU mungkin akan menjadi pemerintah utama politik Malaysia nanti dan sekaligus ia akan  menjamin survival politik melayu.

Gelombang Melayu akan mula berakar tanpa lagi  perlu merayu atau bergantung pakatan dengan parti lain seperti DAP yang rata-ratanya orang melayu masih belum percayai kejujurannya termasuk aku. PKR mungkin akan mengganggu percaturan politik Tun M tapi aku yakin dengan kebijaksanaan luas Tun M ia akan berjalan dengan lancar.

Kita perlu akui survival melayu semakin lemah dalam politik. Dan kekuasaan melayu hanyalah pada politik, nak harapkan kuasa ekonomi ia masih lagi dipegang erat oleh kaum Cina.
Aku bukanlah seorang rasis tetapi demi perpaduan rakyat Malaysia, keseimbangan politik dan ekonomi harus adil. Jika kita melihat sejarah Dasar Ekonomi baru dahulu ia ditubuhkan untuk memastikan jurang kekayaan antara kaum tidak besar. Kerana kita tahu dan pernah alaminya jika jurang tersebut terlalu besar antara kaum padah jawapannya.  Cuma DEB terlupa pada kaum India, itulah kesilapan DEB.

Mahu tak mahu BERSATU terpaksa terima UMNO tapi seperti kata Syed Saddiq kita harus filter dengan baik. Kita harus menolak ahli politik yang ada kes SPRM atau PDRM. Kalau tak BERSATU hanyalah pada nama tetapi sebenarnya bayangan UMNO si rasuah dan kroni.


Apa pendapat anda? Wajarkah gelombang melayu di kuatkan semula atau kita buang tentang status kaum dan jadi rakyat Malaysia. 
Amerika Syarikat pun boleh dipimpin oleh orang kulit hitam yang dahulunya hamba abdi takkan kita tak boleh terima bangsa lain sebagai PM kita?


Catat Ulasan

0 Ulasan