Pak Amir ni merupakan pemandu pelancong yang kami rasakan yang terbaik. Kenapa aku terbaik kerana ia melayani karenah kami sepanjang 4H3M di Medan.
Karenah pertama melayan rakan kami nak makan durian. Dibawanya kami pergi ke kedai menjual durian dan kami makan di sana.
Karenah kedua rakan kami nak beli Keropok Belunji. Ia sanggup berhenti di pasar dan carikan kedai yang menjual keropok Belunji ini.
Karenah ketiga rakan kami nak tempah baju kot. Dia carikan tempat yang membuat kot tapi semua kedai tak mampu buat bawah 2 hari. Tapi apa yang aku katakan ialah ia akan usahakan permintaan anda.
Ini adalah kerja tambahan yang perlu beliau lakukan atas permintaan kami. Sebenarnya banyak lagi permintaan kami. ..hehehe.
Belum lagi layanan tempat pelancongan sepanjang masa kami berada di sana. Sentiasa memastikan kami dalam keadaan terjaga.
Setakat ni aku melancong, sentiasa bertuah mendapat pemandu pelancong yang baik samada di Bali, Vietnam atau Lombok atau Hatyai. Dan kini di Medan.
Aku rekemenkan anda pemandu Muslim Medan Pak Amir aka Mhd Soleh. Anda boleh lihat maklumat di FB beliau yang mempunyai video serta maklumat pelancongan.
Selain itu anda boleh melihat maklumat beliau di Instagram.
Jika anda berpuas hati melihat maklumat pelancongan beliau di FB atau Insta. Anda boleh what apps secara peribadi kepada beliau untuk meminta intineri yang cocok dengan anda.
No telefon Pak Amir ini ialah +6287772333941.
Saya amat rekemenkan anda untuk mengambil Pak Amir sebagai pemandu pelancong peribadi anda. Apabila kita melancong, pertama kita mahukan keselamatan kita terjaga. Kedua kita mahukan segala keperluan kita dipenuhi. Dan ketiga memastikan kita gembira.
0 Ulasan