Tahun hadapan mana-mana pengiklnan digital akan dikenakan cukai 6%. Kalau untuk nlogger kecil-kecilan macam aku ini yang tidak mementingkan keuntungan tetapi dari semasa ke semasa membuat pengiklanan untuk boost up blog memang rasa rugi sangatlah...
Tapi apa nak buat ini dasar kerajaan dan tak adil kalau yang buat sales atau iklan on line tak payah bayar cukai . Betul tak?
Cukai Perkhidmatan Digital itu akan dilaksanakan pada 1 Januari tahun depan.
"Ini antara lainnya akan membabitkan perkhidmatan seperti dan tidak terhad kepada muat turun perisian, muzik, video atau pengiklanan digital.
"Ini antara lainnya akan membabitkan perkhidmatan seperti dan tidak terhad kepada muat turun perisian, muzik, video atau pengiklanan digital.
Perkara ini boleh dirujuk di dalam Panduan Perkhidmatan Digital yang
dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Orang ramai boleh
mendapatkan salinan panduan di laman web Jabatan Kastam di sini.
Dalam panduan tersebut kita boleh menemui jenis perkhidmatan digital yang dikenakan cukai digital. Antaranya ialah:
- Perisian, aplikasi dan permainan video
- Muzik, e-buku dan filem
- Iklan dan platform dalam talian (menyediakan ruang iklan di platform media, menyediakan platform untuk bertukar produk atau perkhidmatan)
- Enjin carian dan rangkaian sosial
- Pengkalan data dan hosting
- Telekomunikasi berasaskan internet (PABX-awan, VOIP)
- Latihan dalam talian
- Lain-lain (langganan suratkhabar dan jurnal dalam talian, kandungan digital lain seperti gambar, teks, maklumat dan perkhidmatan proses pembayaran)
- Perkhidmatan itu boleh didapati tanpa menggunakan teknologi internet. Contoh: Meminta penyanyi dari Australia datang ke Malaysia untuk membuat persembahan di hari pernikahan.
- Perkhidmatan dihantar melali emel. Ia tidak dikira jika memerlukan bantuan manusia. Penghantaran perkhidmatan tidak dikira sebagai sebahagian dari transaksi jualan dan belian. Contoh: Syarikat arkitektur dari Malaysia meminta lusian 3D dari syarikat di Amerika. Ia akan dihantar menerusi emel dan ini tidak dikira sebagai perkhidmatan digital. Sebaliknya ia perlu direkodkan di bawah cukai perkhidmatan diimport.
Dibawah ini Facebook dah mula keluarkan penyataan efektif cukai perkhidmatan ini
Mulai 1 Januari 2020, iklan Facebook
di Malaysia adalah tertakluk pada cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Ini
melibatkan pengiklan yang negara "Dijual Kepada" pada alamat perniagaan
atau peribadi mereka ditetapkan kepada Malaysia.
Cukai
perkhidmatan ditambah setiap kali anda dicaj bagi iklan anda tidak kira
anda membeli iklan Facebook untuk tujuan perniagaan atau peribadi. Jika
anda membayar iklan Facebook melalui kaedah pembayaran manual, cukai akan dikenakan apabila akaun iklan anda dibiayai.
Sebagai
contoh, katakan anda dikenakan caj $100 baru-baru ini kerana anda telah
mencapai ambang pengebilan $100 anda. Subjumlah bagi caj tersebut ialah
$100 bagi kos iklan, kemudian tambahan 6% cukai perkhidmatan akan
dimasukkan, jadi anda perlu membayar sejumlah $106.00 bagi caj tersebut
($100 + $6 = $106). Oleh sebab cukai perkhidmatan ditambahkan pada caj
anda, anda tidak akan mencapai ambang pengebilan lebih awal tetapi anda
mungkin akan dikenakan caj melebihi amaun ambang pengebilan.
Sentiasa
ingat bahawa Facebook tidak boleh memberikan nasihat percukaian. Jika
anda mempunyai apa-apa soalan berkenaan cukai, kami mencadangkan anda
menghubungi penasihat cukai tempatan atau pihak berkuasa cukai.
0 Ulasan