Kronologi permulaan Dr. Maszlee di momok oleh masyarakat ialah pengenalan kasut hitam. Dimana semua sekolah pada tahun 2021 harus menukar kasut putih kepada kasut hitam. Namun pembaharuan beliau ini di anggap sebagai keanak-anakan kerana isu Pendidikan Malaysia amat besar tapi perkara pertama yang beliau buat ialah menukar kasut.
Kedua ialah pembatalan 1Bestarinet oleh kumpulan YTL merupakan satu lagi suntikan maut buat Dr. Maszlee. Dimana setelah 7 tahun YTL mempunyai kontrak dengan Kementerian Pendidikan dan akhirnya dibatalkan begitu sahaja. Ramai yang mengatakan inilah punca utama beliau kena tendang. Saya pun tak pasti.
Ketiga ialah krisis tulisan Jawi yang cuba diperkenalkan oleh Dr. Maszlee telah mendapat bangkangan besar oleh Dong Zong yang dikatakan tidak adil dan cuba mengikut perlembagaan Malaysia. Walau pun hanya enam helaian tulisan kecil tulisan Jawi namun isu ini amat panas dan masih lagi berlanjutan.
Keempat ialah billboard/papan iklan Dr. Maszlee yang dipasang adalah usaha mempromosi kempen Malaysia membaca dengan memetik sebahagian daripada sajak Pyanhabib. Namun ia dianggap sebagai agenda peribadi. Wartawan veteran A Kadir Jasin hari ini mengkritik langkah menaikkan papan-papan iklan yang memaparkan wajah menteri. Menurut penasihat media kepada perdana menteri itu berkata adalah lebih baik untuk papan iklan sedemikian digunakan untuk mempromosikan agenda kerajaan.
Selain isu kolam renang, tulisan khat, kuota Pendidikan dan pelbagai lagi merupakan pemangkin ke arah peletakan jawatan Dr. Maszlee.
Boleh dikatakan sepanjang tahun 2019, ada sahaja isu yang dibangkitkan oleh Dr. Maszlee sehingga ujud salah faham dikalangan rakyat mahu pun kerajaan. Adakah sikap Dr. Maszlee ini yang menyebabkan kejatuhan beliau. Aku rasa ada benarnya, beliau terlalu gelojoh dalam membuat pelbagai improvasi dalam Kementerian Pendidikan. Sehingga segala perancangan beliau disalah ertikan hingga di label sebagai rasisme. Ini kesalahan beliau yang paling utama.
Kedua, sikap beliau yang tak pandai tai chi. Kurang pengalaman sebagai ahli politik membawa perbezaan yang amat besar berbanding dengan ahli politik yang lain. Aku lihat dia membiarkan dirinya di tembak sesuka hati. Dalam politik, kalau kau diam sahaja maka habislah kau dijadikan mangsa tembakan. Diam bukan bererti berilmu dalam politik ini. Sebab tu kadang kala kita melihat ada ahl politik cakap merapu. Inilah kelemahan utama Dr. Maszlee ilmu tepis dan mengencing level rendahan lagi. Sorry to say, Malaysia politik badut, awak kena jadi badut bro.
Dr. Maszlee secara psikologinya saya boleh katakan mempunyai mental ketahanan yang lemah. Dah ler kena tembak kau diam sahaja dan mental ketahanan kau untuk sedut cacian masyarakat dan rakan sekerja pun kau tak tahan maka anda tak layak jadi Menteri atau masuki kancah politik Malaysia. Cuba lihat Najib, selamba jer dia. Masuk keluar mahkamah dah macam rumah kedua tapi selamba jer macam tak bersalah. Malah siap buat motto Bossku lagi. Inilah rupa pemimpin hauta yang Dr. Maszlee kena jadi!!!
Saya rasa tindakan Dr.Maszlee meletak jawatan kena pada masanya. Saya kurang pasti samada beliau diarahkan atau secara sukarela tapi inilah tindakan yang terbaik. Dr. Maszlee tiada bakat menjadi ahli politik Malaysia. Ya, beliau mempunyai idea yang baik tapi jika hanya idea tapi tidak pandai memanipulasikan idea serta mempertahankan idea maka dalam istilah politik anda menjadi kambing hitam atau diperkudakan. Saya faham niat dia baik dan saya tahu dia antara Menteri yang betul-betul jujur mahukan perubahan dalam integrity Pendidikan tetapi malangnya beliau kurang ilmu sebagai ahli politik Malaysia.
Untuk masyarakat Melayu yang membuat memorandum mempertahan Dr. Maszlee cukuplah. Masa beliau buat kasut hitam, kau juga yang melalak marah kat dia. Kata dia tiada wawasan sebagai Menteri Pendidikan dan macam-macam. Yang tembak dia pasang papan iklan pun orang melayu gak bukannya bangsa lain.
Bila Dr. Maszlee letak jawatan tiba-tiba berduyun-duyun orang memuji bekas Menteri Pendidikan kita sebagai Menteri yang berwawasan dan pelbagai pujian melampau. Inilah orang Melayu kita, Kenapa sebelum ini aku tak pernah dengar ada pujian melampau kepada Dr. Maszlee. Enough is enough, beliau telah meletak jawatan dan life must go on.
Kita berdoa agar PM kita Tun Mahathir akan memilih calon Menteri Pendidikan yang baik dan berwawasan tinggi.
Dengar khabar Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof iaitu Menteri kereta terbang pun nak letak jawatan. Sekarang ini kemain kau orang kutuk dia. Lepas dia letak jawatan buatlah memorandum dan kasi pujian melampau kat dia…hahahahahaha. Jangan terperanjat, satu hari nanti kereta terbang ciptaan Malaysia akan menjadi kenyataan. Baca sejarah, orang-orang hebat dahulu sering di kutuk sebab manusia sekeliling tidak mampu mencapai imaginasi mereka. Tapi akhirnya nama mereka terpahat dalam sejarah manusia.
0 Ulasan