Duit Ihsan E-Wallet Dah Dapat Tak?

Duit Ihsan E-Wallet Dah Dapat Tak?



Aku dah dapat RM30 e-wallet pemberian ihsan kerajaan setelah satu minggu aku daftar. Kau orang dah dapat tak?

Ada 2 cara nak dapat duit ni iaitu kau donlod Boost atau TNG. Aku dah lama guna TNG sebab senang nak tahu baki top up tol aku. Lagi pun melalui TNG ni aku selalu guna top up prepaid telepon aku, anak aku dan mak aku. So memang setiap bulan TNG aku gunakan.

Pendaftaran e-wallet RM30 ni sangat mudah rupanya. Aku hanya perlu masukkan nama aku dan kemudian amik gambar ic dan selfie gambau kau dan submit. Tunggu jer kelulusan dan duit sebanyak RM30 masuk akaun e-wallet kau.

Aku galakkan semua orang daftar sebab senang sangat nak daftar dan konpem dapat duit RM30 ni.

Jumlahnya memang amat kecik tapi orang nak kasi free, amik jer. Dan aku juga ada terbaca artikel atau khabar angin, jangan daftar sebab kerajaan akan amik maklumat kau untuk tujuan peribadi sebab kena scan muka dan ic kau.

Lorat ler mamat cyber trooper ni, kalau kerajaan nak amik maklumat kau, tak yah pakai e-wallet kau ler. Jabatan pendaftaran pun dan boleh amik.. Kadang-kadang aku meluat membaca kebodohan manusia yang membuat spekulasi politik untuk kepentingan diri. 

Kalau dia orang kata kerajaan atau individu  dapat komisen dari Boost atai TNG boleh ler aku setuju sebab sesiapa nak duit ihsan ni kena donlod aplikasi ni sahaja. Logik gak.

Lagi satu, kerajaan pun tengah galakkan rakyat untuk guna e-wallet. Negara maju ramai dah pakai. Aku masa melancong kat Indonesia, ada makcik ni jual kuih pun dah letak signboard e-wallet. Scan ajer..setel. Cashless...

Ini trend pembelian masa kini. Tiada duit fizikal lagi, semua pakai duit maya. So Malaysia kena ler ikut trend ni jugak. Itu pandangan aku ler..

Tapi aku kasihan pada makcik-makcik yang tiada smartphone ni. Macam mana nak dapat duit e-wallet kalau tak pakai internet dan telefon pintar. Golongan tua sememangnya akan ketinggalan padahal RM30 ni yang sepatutnya milik mereka bukan kita yang masih sihat dan bekerja. Inilah yang berlaku pada negara China, ramai golongan tua tertinggal dalam era teknologi ihsan ni.

Walau bagaimanapun, perubahan mesti diikuti. Ada yang akan dapat jusnya dan ada yang tak dapat. Apa nak buatkan. Yang penting, aku dah dapat RM30 dan aku gunakan untuk top up telepon bukan pintar mak aku semalam. Memang pun tiap-tiap bulan aku top up RM30...huhuhuhu.

Catat Ulasan

0 Ulasan