ANWAR BERPUTIH MATA MENJADI PM KE 8

ANWAR BERPUTIH MATA MENJADI PM KE 8


Pelantikan Muhyiddin sebagai PM ke 8 telah menguburkan cita-cita Anwar untuk menjadi PM ke 8 menggantikan Mahathir.

Kalau di ikutkan hanya satu langkah lagi untuk Anwar menjadi PM ke 8. Entah dimana silapnya ia tak menjadi. Perkara ni memang seluruh rakyat Malaysia tak menjangkakan.

Ini semua gara-gara si tua berilmu tinggi Mahathir tiba-tiba meletak jawatan hingga Bersatu dan beberapa pemimpin PKR keluar dari Pakatan Harapan.

Kemelut politik hingga memaksa Agung campurtangan hinggalah UMNO dan PAS menyokong Muhyiddin sebagai PM baru mengganti PM interim Mahathir.

Dengan sokongan UMNO dan PAS serta BERSATU secara tak langsung kimpulan Muafakat Nasional telah memegang majoriti Dewan Parlimen. Sekaligus Parti Harapan menjadi Pembangkang.

Turn over politik ni, jangan kita salahkan Mahathir. Ini semua salah Anwar yang tidak sabar hendak menjadi PM. Beliau langsung tidak bersuara apabila ada beberapa suara dalam PKR mendesak Mahathir turun dan digantikan oleh Anwar. Beliau juga langsung tidak menghalang apabila beberapa pihak mahu membuat perhimpunan kecil mendesak Mahathir serahkan kuasa kepada Anwar. 

Anwar tidak belajar dari kesilapan lalu semasa beliau menjadi Timbalan PM. Mahathir berkali-kali memberitahu bahawa ia tidak akan bergabung dengan UMNO. Maka kes Muafakat Nasional ni bukanlah kerja Mahathir. Ianya kerja Muhyiddin dan Azmin. 

Aku dengar anak Mahathir yang jadi Menteri Besar Kedah pun telah diganti. I not sure.

Cuma Mahathir menjadi pemangkin dalam memastikan perjalanan politik Anwar berkubur. 

Lagipun kita sedia maklum jika Anwar menjadi PM. Majoriti melayu hanyalah 30 orang sahaja berbanding bangsa-bangsa lain. Pendek kata Anwar tetap akan menjadi PM boneka. Itu juga merupakan salah satu sebab UMNO dan PAS sanggup menyokong Muhyiddin.

Saya ucapkan tahniah pada Muhyiddin dan doakan agar beliau terus maju memajukan Malaysia dan Tanah Melayu ni.

2 tahun bawah Pakatan Harapan, melayu hanyalah sampah di tanahair sendiri.  Harap pemimpin baru kita naikkan semula martabat melayu dan menjamin kesjahteraan masyarakat majmuk negara ni. 

Nampak sangat aku ni rasiskan...hahahaha. bayangkan jika sesuatu kelas majoriti sesebuah negara di tindas oleh golongan minoriti. Apa jawapannya jangka panjang? 

Kita memerlukan keseimbangan politik dan ekonomi untuk memastikan kesejahteraan negara terjamin. Dapat tangkap maksud aku?

Catat Ulasan

0 Ulasan