SEBAB MAHATHIR MELETAK JAWATAN PM MALAYSIA 2020

SEBAB MAHATHIR MELETAK JAWATAN PM MALAYSIA 2020

SEBAB MAHATHIR MELETAK JAWATAN PM MALAYSIA 2020
Hebat!!! Dalam masa 2 tahun, politik Malaysia berkecamuk semula. Perkara ni berlaku secara tiba-tiba dengan perletakan jawatan Mahathir sebagai PM dan Pengerusi Bersatu.

Menambahkan rencah politik Malaysia apabila Bersatu mengumumkan keluar dari Pakatan Harapan.

Menambahkan masin lauk, 10 ahli PKR telah mengumumkan keluar dari parti dan menjadi blok bebas.

Dan sebelum kes-kes ini timbul, kecoh apabila pemimpin Melayu iaitu PAS, UMNO dan Bersatu secara khususnya berjumpa secara terbuka.
Dalam masa tak sampai 2 hari, meletup Malaysia dengan pengumuman Mahathir.

Tapi hal-hal ni aku dah jangkakan tapi jangkaan aku ialah melihat Bersatu sebagai kuasa politik Melayu yang besar. Namun tekaan aku meleset.

Walau apapun aku melihat percaturan politik Malaysia semakin advance. Sampai sekarang agak sukar nak tahu apakah penggerakan seterusnya.

Terdapat beberapa pandangan melihat kepada tindakan Mahathir ini.

Pandangan Pertama
Pada pandangan aku, UMNO, PAS dan Bersatu akan menjadi satu pakatan atau sekarang ni mereka gelarkan Muafakat Pakatan.

Tujuan pakatan baru ni adalah menidakkan kuasa politik PKR dan DAP dalam memimpin negara ni dan mengukuhkan martabat politik melayu semula.

Jika dikira, semenjak Pakatan Harapan mengambil alih kepimpinan negara, ramai orang melayu resah melihat kerakusan dan kesombongan mereka.

Isu bahasa jawi, isu tambah kuota bukan bumiputra dalam MRSM/UITM dilihat untuk mematikan orang melayu. Dan dilihat kes LTTE yang dimasuhkan secara tiba-tiba oleh peguam negara serta pemandu mabuk yang melanggar orang melayu yang mati katak. Semuanya menjurus kerisauan kepada orang melayu.

Sebenarnya inilah permainan Mahathir, menyatukan semua melayu. Dan untuk aku demi survival melayu mahu tak mahu terpaksa menyokong semua parti komponen Melayu termasuk UMNO walaupun pemimpinnya yang masih tak ubah lagi..huhuhuhu.

Semua pihak boleh mengatakan aku rasis tapi jika anda berada ditempat aku mungkin agak takut  melihat apakah yang akan terjadi pada generasi akan datang jika satu  bangsa itu memegang ekonomi dan politik.  Jadi Singapura ler...

Pandangan Kedua
Tindakan oleh Mahathir kerana  bosan dengan ahli PKR yang kerap mendesak beliau meletak jawatan dan hingga ada ugutan oleh pihak-pihak tertentu akan membuat piket jalanan agar Tun Mahathir melepaskan jawatannya kepada Anwar.

Mahathir melihat PKR dan DAP seolah-oleh mahu menikamnya dari belakang dan segala tindak tanduk mereka baru-baru ini agak melampau. Mereka melihat parti Bersatu pimpinan Mahathir ini kecil kerana jika dilihat Pakatan Harapan jumlah kerusi terbanyak ialah PKR dan DAP.

Mahathir dilihat sebagai boneka sahaja dan kawalan mereka ke atas kerajaan semakin kukuh dan tak perlu Mahathir lagi. Mereka gunakan melayu bodoh PKR untuk menentang Mahathir. DAP senyap sahaja dan tepuk tangan penyokong Anwar beria-ria melawan Mahathir.

Atas kebosanan itulah Mahathir ajar DAP dan PKR dengan meletak jawatan sebagai PM tetapi mereka tidak sangka Mahathir membawa keluar Bersatu dan 10 ahli PKR.!!! Dan desas desus Mahathir  telah mengatur pakatan baru dengan PAS dan UMNO.

Akhirnya DAP dan Anwar merayu agar Mahathir tarik balik peletakan jawatannya sebagai PM dan terus memimpin negara ini. Tapi dah terlambat sebab peel semua orang tua kalau dan merajuk susah nak pujuk.Tu ler cari pasal dengan orang tua..

PANDANGAN KETIGA
Selama ni duk kutuk Tun macam-macam, tuduh Tun nak angkat Azmin, tuduh Tun cover kes video Azmin, tuduh Tun rancang kerajaan pintu belakang dengan PAS dan UMNO... Tun diam tidak menjawab buat-buat tak dengar, rupanya menguatkan lagi andaian bahawa diam Tun seperti mengiyakan segala tuduhan.

Azmin sudah naik syok kerana menyangka Tun di belakang gerakannya mencari sokongan dari MP PAS dan UMNO, kononnya untuk menandatangani SD menyatakan sokongan kepada Tun jadi PM hingga akhir penggal.

Tun diam, kerana dia sudah janji akan lepaskan jawatan selepas Persidangan APEC bulan November nanti.

Rupa-rupanya, dengan PAS dan UMNO, Azmin merancang untuk merampas kerajaan melalui pintu belakang... Akhirnya dia dapat memujuk Muhyidin dan Bersatu untuk mengkhianati Pakatan Harapan... Semuanya dilakukan dengan menjual nama Tun.

Hari Ahad, MT Bersatu mengadakan mesyuarat... Dalam mesyuarat itu baru Tun tahu Bersatu mahu keluar dari PH... Tun tak setuju... Mesyuarat menjadi tegang... Muhyidin tak sangka Tun tak setuju... Kerana dia sudah merancang dengan Azmin dan orang-orangnya, bersama MP UMNO dan PAS untuk ke Istana Negara pada sebelah petangnya, mengadap YDP Agong.

Mereka pergi juga ke istana, Tun tak pergi... Mereka plan nak suruh Tun maklumkan kepada Agong mereka sudah cukup number untuk membentuk kerajaan... Bila Tun tak pergi, 30 buah kereta VIP yang memasuki perkarangan istana negara semalam hanya kunjungan hormat sajalah.

Pada sebelah malamnya mereka buat dinner di Sheraton Hotel... Tentu majlis itu telah dirancang awal, dengan kepercayaan Tun sudah bentuk kerajaan baru petang tadi... Majlis di Sheraton Hotel itu pun Tun tak datang.

Hari Isnin... Pagi, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim berkunjung ke rumah Tun... Selesai saja perjumpaan itu, tiba-tiba Muhyidin mengumumkan Bersatu keluar dari PH... Serentak dengan pengumuman dari SUA PKR bahawa Azmin dan Zuraida dipecat dari PKR, sebelum Azmin sempat mengumumkan keluar parti... Apa maknanya...?

Maknanya kerajaan PH sedang dikhianati oleh Muhyidin dan Azmin... Tindakan Muhyidin seolah-olah memaksa Tun menurut rancangan mereka, kerana kononnya mereka punya majoriti untuk menubuhkan kerajaan Melayu... Tun tidak mahu menurut rancangan itu kerana itu adalah pengkhianatan kepada parti-parti dalam PH... Dalam keadaan yang mendesak dan memerlukan Tun membuat keputusan yang spontan itu, dengan tidak disangka-sangka Tun mengumumkan letak jawatan sebagai PM.

Belum habis lagi, kerana MP Bersatu mempunyai SD menyokong Tun sebagai PM, malas nak terbabit dalam drama itu, Tun umumkan pula letak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu... Tergolek Azmin dan Muhyidin.

Sekarang YDP Agong lantik Tun sebagai PM Interim... Sementara dilantik PM yang baru yang punya sokongan majoriti di kalangan MP.

Jadi nampak gayanya selepas ni, Tun Mahathir jadi PM ke-7, kemudian jadi PM Interim sekejap, kemudian PM ke-8 pun Tun Mahathir juga, hingga Persidangan APEC, selepas itu Anwar jadi PM ke-9..

Catat Ulasan

0 Ulasan