AKTIVITI SEPANJANG HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN

AKTIVITI SEPANJANG HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN

Admin sebenarnya tiada plan apa-apa sebab mendengar khabar tempat kerja admin akan berjalan seperti biasa cuma tengah tunggu surat kebenaran sahaja.

Walau bagaimana pun admin susun juga aktiviti untuk 14 hari ini supaya tak bosan nanti. Yang pasti blog admin semakin rancak di updated setiap hari ler sebab masa yang banyak terluang ..hahahaha.

Dibawah ini adalah aktiviti admin sepanjang 14 hari. Nak buat track record jugak ler supaya cuti yang dipaksa ini todak sia-sia dan juga mengikut STAY AT HOME kempen.

HARI PERTAMA PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN  ( 18 March)
Aktiviti pertama ialah cat rumah admin. Dapur tu memang dah cat tapi separuh jalan jer. So ambil kesempatan mengecat rumah ler,
Status: Completed
AKTIVITI SEPANJANG 14 HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN

HARI KEDUA  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 19 March)
Admin cuci kereta seharian selepas hantar isteri ke rumah mak dia kat Melaka gak. Bukan balik kampung sebab tiap-tiap minggu balik kampung..hehehehe
Kali ini admin cuci, polish body dan polish tayar. Lap dalam kereta dan sembur minyak wangi. Pendek kata cuci tahap gaban..
Status: Completed

AKTIVITI SEPANJANG 14 HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN

HARI KETIGA  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 20 March)
Admin cat rumah lagi, kali  ini dalam bilik kosong kat rumah tu admin. Ingatkan nak buat bilik tidur untuk anak perempuan admin nanti. Tengah syok cat , tetiba keluar berita tentera akan join PDRM buat roadblock.
Buat separuh jalan dan balik ke rumah mak di Banda Hilir.
Status : Uncompleted

AKTIVITI SEPANJANG 14 HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN

HARI KEEMPAT  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 21 March)
Tiada akviti, hanya membaca buku tentang fotografi. Plan nak ambil gambau buring merpati kat umah tu masa terbang.  Inilah masa nak touch up skill gambau..hehehehe

HARI KELIMA  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 22 March) 
Admin  touch up pokok mangga kat rumah mak admin. Pokok mangga ini dah berusia 44 tahun tapi masih lebat mengeluarkan buah. Ada teknik dia bagaimana nak pastikan buahnya sentiasa iaitu kena buang daun berlebihan dan buang dahan supaya tak tinggi sangat.

Ini aktiviti yang memenatkan dan buat admin sakit pinggang. potong dahan dan buang daun senang jer, nak mengemasnya leceh. Kalau duduk kampung boleh ler campak jer daun tapi duduk kat taman, kena ikat dahan tu dan masukkan daun dalam bag sampah. Tu yang buang masa.
Status : Uncompleted
AKTIVITI SEPANJANG 14 HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN
Tapi projek terpaksa dihentikan kerana cuaca macam nak hujan. So admin sambung pula ambil gambar burung. Di taman mak admin memang banyak burung merpati, ramai yang kasi makan burung ini.  Jom lihat gambar admin ambik:
Status : Completed
AKTIVITI SEPANJANG 14 HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN
Cantik kan 


HARI KENAM  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 23 March) 
Tiada aktiviti sebab kena bangun awal ada on line comference dengan management pasal nak jalan production dalam pukul 8am. Lepas on line meeting admin makan dan sambung tidur. Pinggang lenguh lagi..hehehehhee.

Tengah hari bangun dan lepak jap, Dan admin sambung kemas pokok mangga yang tertunda. Kali ini buang dahan yang menjalar sampai kat jalan raya. Kena buang sebab ia mengganggu pandangan laluan kenderaan.

Tapi admin buat 2 jam jer, lepas tu lepak sebab pinggang berdenyut plak.  So sebagai penyelesaian admin order McDonald tapau untuk admin dan mak admin. Dia kempunan nak makan burger kat TV tu...hehehehehe.
Status: Uncompleted lagi...

HARI KETUJUH  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 24 March) 
Tugas hari ini mak admin minta suruh beli sotong kat TESCO. Admin pi TESCO tapi sotong tak der cuma yang ada udang. Janji beli jer. Admin juga beli cili api sebab nak ambil gambar yang admin lihat cantik untuk indoor fotografer.

Aktiviti pertama ialah ambil gambar cili padi pakai prop cili dengan ubat nyamuk..hehehehe
Status: Completed

AKTIVITI SEPANJANG 14 HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN
Cili pun cili ler

Petang sikit admin mengecat lagi, admin memang pakar mengecat kan...hahahaha. Kali ini cat bilik air rumah mak admin pakai cat minyak. Kalau cat biasa cepat kotor so admin cuba pakai cat minyak. Apa yang boleh admin katakan ialah menyesal!!! Cat bilik air sekangkang kera tu dari pukul 5pm hingga pukul 10pm. Memang payah pakai cat minyak!!!
Status: Completed
AKTIVITI SEPANJANG 14 HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN
Patah pinggang cat bilik air ini guna cat minyak..huhuhuhu

HARI KELAPAN  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 25 March) 
Admin hari ini merehatkan badan, mak admin membebel suruh habiskan uncompleted task buang dahan pokok mangga, admin buat tak tahu sebab semalam dah cukup penat mengecat. Hari ini admin nak rileks..hehehehehe.

Hari ini admin buat juga aktiviti tapi aktiviti ambil gambar ler. Kali ini admin nak mencuba teknik air percik.dan bawah ini adalah hasil kerja admin.
Status: Completed.

AKTIVITI SEPANJANG HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN

Admin juga ada amik gambau lagi, kali ini amik gambar light painting. Ini kerja tengah malam ler. Sebab dah nama light mesti malam kan..hehehe

HARI KESEMBILAN  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 26 March) 
Hari yang malas, cuma pergi ke TESCO beli barangan dapur sebab dah gajikan. Berposak gak mencari barangan tapi nasib baik bini ada hantau gambar contoh...hehehehe.
Lepas tu tengah boring admin gambar anak kucing. Itu sahaja aktiviti admin.

AKTIVITI SEPANJANG HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN


HARI KESEPULUH  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 27 March) 
Aktiviti malas juga cuma admin ada ambil gambar lebah atau kelulut ajer. Itu pun nampak ia tengah hurung pokok rambutan. Kalau tak tak buat apa-apa pun.

AKTIVITI SEPANJANG HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN


HARI KESEBELAS  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 28 March) 
Zero aktiviti, penuhkan aktiviti menonton filem dan tidur sahaja. Inilah aktiviti termalas setakat ini.  Dah tiga hari memalaskan badan...

HARI KEDUA BELAS  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 29 March) 
Hari ini admin menyelesaikan kerja tertunggak iaitu mengemas pokok mangga yang belum siap-siap lagi. Akhirnya telah siap admin potong semua dahan-dahan yang tertinggal dan touch up yang belum buat lagi.
Status : Completed
AKTIVITI SEPANJANG HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN

Selain itu hari ini admin ada sambung balik buat kreativiti photographer dengan fokus makro plak. Ambil gambar daun pokok mangga..hahahahhaa.
Status: Completed
AKTIVITI SEPANJANG HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN

Ada lagi, admin ada singgah ke farmasi dan beli serbuk lawas perut. 12 hari lepak kat rumah perut dah tak lawas..huhuhu. Sempat juga amik video sekitar jalanraya kat Melaka tu.

AKTIVITI SEPANJANG HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN


HARI KETIGA BELAS  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 30 March) 
Admin cuci kereta tapi tak cuci giler-giler hanya lap-lap sahaja sebab tempoh hari hujan.
Asmin penuhkan ruang ambil gambar, memang untuk 2 hari ini admin nak ambl gambar sahaja sebab lama tak ambil gambau.
AKTIVITI SEPANJANG HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN

AKTIVITI SEPANJANG HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN


HARI KEMPAT  BELAS  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 31 March) 
Admin meluangkan masa mengambil gambar sepuas mungkin, dimana admin ambil gambar kreatif firografi dan gambar bulan
Status : Completed

AKTIVITI SEPANJANG HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN

AKTIVITI SEPANJANG HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN


HARI KELIMA  BELAS  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 1 April ) 
Hai April fool day. Mood Perintah Kawalan Penggerakan mood April Fool di media sosial pun senyap jer...hehehhe.
Hari ini ada banyak WORK AT HOME . Ada banyak training hari ini.

HARI KEENAM  BELAS  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN (2 April ) 
Hari ke enambelas adalah hari WORK AT HOME, ada training SPC ler dari kilang. So admin mendengar ler. Dan admin lepak jer seharian, entah ler malas jer badan ini.
Paling berat kerja admin ialah aku siram pokok jer.
AKTIVITI SEPANJANG HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN

HARI KETUJUH  BELAS  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 3 April ) 
Hari ini adalah hari hujan Melaka, seronok dah lama Melaka tak hujan,
Hari ketujuh belas tidak membuat apa-apa aktitivi hanya membeli barangan dapur di TESCO dan kemudian lepak sebab admin sakit perut. Entah ler apa yang admin telan sampai sakit perut.
Tempoh hari perit sembelit dan hari ini perut bisa  dan kalau nak dikira admin ke tandas tak terkira kot..hahahah


HARI KELAPAN  BELAS  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 4 April ) 
No activity cuma tukar cover Hanif Bin Idrus FB pages sahaja.

AKTIVITI SEPANJANG HARI PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN


HARI KETUJUH  BELAS  PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN ( 5 April ) 
Lagi lama PKP makin malas sebab dah tak der benda nak buat. Hari ini layan movie dan tidur jer. Lepas tu makan dan tidur.






Hari seterusnya admin akan updated nanti yer

Catat Ulasan

0 Ulasan