Pada hari Jumaat (27 March) 2020, PM kita telah mengumumkan sekali lagi pakej rangsangan ekonomi yang di panggil Bantuan Prihatin Nasional .
Sebelum ini pakej rangsangan ekonomi yang diberikan ialah
a) Penangguhan segala bayaran pinjaman dari bank kecuali kad kredit.
Jika anda terlepas untuk mendengar pengumuman secara langsung oleh perdana menteri, berikut adalah empat pecahan pembayaran Bantuan Prihatin Nasional yang akan diterima.
Bantuan Prihatin Nasional
Bayaran tunai secara ‘one off‘ dan pertama kali disalurkan kepada golongan M40 dan kebawah.Jumlah bayaran RM1600 kepada isi rumah (4000 kebawah).
Bayaran Bantuan Prihatin Nasional pada bulan April RM 1000, RM 600 bulan Mei.
RM 1000 (pendapatan lebih RM4000- RM 8000). Bayaran bulan April RM500, Mei RM 500
RM 800 (bujang berusia 21 keatas dan pendapatan RM 2000 ke bawah) RM 500 April, RM 300 bulan Mei
RM 500 (individu bujang 21 keatas pendapatan lebih RM 2000- RM 4000) RM 250 April, RM 250 Mei
Baki tunai BSH- dibayar Julai 2020
Pelajar IPT
Pelajar di IPT dapat bayaran sebanyak RM 200 secara one off
Peminjam PTPTN
PTPTN tangguh pembayaran, memberikan penangguhan PTPTN mulai 1 April hingga 30 September 2020
MySalam untuk B40
MySalam pula memanjangkan manfaat kepada golongan b40 yang dikuarantin.
Pengeluaran pra-persaraan
Pengeluaran pra-persaraan sehingga jumlah RM 1500 tanpa cukai dari April ke Disember 2020.
Pengecualian sewa PPR
Memanjangkan pengecualian bayaran sewa PPR kepada enam bulan, ditanggung sepenuh oleh kerajaan dari April – September 2020. Bagi perumahan awam, DBKL memberi pengecualian.
Pengecualian sewa premis kerajaan
Pengecualian sewa untuk premis kerajaan seperti kafeteria dan bangunan kedai.
Diskaun bil elektrik TNB
15 peratus bil elektrik pelancongan, 2 peratus kepada lain lain- Tambahan, diskaun berperingkat antara 15-50 peratus bil elektrik.
Internet percuma untuk pengguna
Internet percuma kepada semua pelanggan syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis, Digi dan lain-lain, dari April hingga PKP tamat.
Bantuan untuk penjawat awam Gred 56 ke bawah
Penjawat awam dapat bantuan tunai RM 500 secara one off untuk Gred 56 ke bawah termasuk kontrak.
MERUJUK kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020, Kementerian Kewangan ingin menjelaskan mengenai pelaksanaan dan cara mengakses Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang telah diperuntukkan sebanyak RM10 bilion bagi golongan rakyat yang layak.
Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020, mengikut kelayakan berikut:
Kriteria Kelayakan

Bagi mereka yang belum berdaftar, permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020 menerusi laman web rasmi LHDNM: http://www.hasil.gov.my.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Kementerian atau LHDNM melalui nombor-nombor telefon atau saluran-saluran berikut:

Kementerian mengingatkan orang awam juga agar berhati-hati dengan scammers yang semakin berani mengambil peluang menipu orang awam yang memerlukan bantuan Pakej PRIHATIN ini. Penerima disarankan merujuk kepada sumber-sumber rasmi dan jangan memberikan maklumat kepada mana-mana pihak ketiga.
Kementerian ingin berterima kasih kepada rakyat Malaysia kerana telah berkongsi pandangan, teguran dan cadangan mengenai Pakej PRIHATIN menggunakan pelbagai saluran. Kementerian melalui Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA), bersedia memastikan bantuan Pakej PRIHATIN disampaikan dengan efisien dan cepat.
0 Ulasan