Berita baik untuk rakyat Malaysia dimana pengumuman ialah BNM yang meminta semua bank menangguhkan bayaran pinjaman kepada rakyat selama 6 bulan akibat impak COVID-19.
Menurut kajian seramai 2.4 juta akan kehilangan pekerjaan terutama sektor pelancongan.
Dengan insentif ini sekurang-kurangnya boleh ler mereka yang terbabit bernafas lega. Terima kasih kepada kerajaan kerana amat memahami situasi rakyat marhaen ni.
Bukan semua rakyat kita ni mampu dan senang. Ada yang setiap hari berjuang untuk memastikan nasi di rumah sentiasa ada untuk anak-anak.
Perlu diingat kadar faedah tetap berjalan seperti biasa cuma bayaran pokok tak ler bayar yer. Katakan bunga pinjaman 12% maka anda kena bayar duit bunga sahaja.
At least bernafaskan, duit bayaran pokok boleh diguna untuk tampung kerugian yang lain..
Ringkasan;
1. Penangguhan pinjaman selama enam (6) bulan untuk semua pinjaman kecuali pinjaman kad kredit.
Walaupun hutang kad kredit tidak dibenarkan tangguh bayaran, bank-bank diarahkan untuk menawarkan pakej untuk menukar baki hutang kad kredit kepada pinjaman peribadi dengan tempoh sehingga 3 tahun lamanya.
Kadar faedah bagi pakej pinjaman peribadi yang gantikan hutang kad kredit ini tidak boleh melebihi 13% - iaitu lagi rendah berbanding kadar faedah 18% kad kredit.
2. Tidak perlu buat permohonan kepada pihak Bank ianya AUTOMATIK.
3. Walau bagaimanapun kadar Interest/Faedah/Keuntungan kekal berjalan. Maka ianya akan menambah tempoh Tenure/Jangkahayat pinjaman itu.
4. Oleh itu, individu yang tidak mahu penangguhan ini boleh memaklumkan kepada pihak bank untuk dikecualikan.
5. Untuk pelanggan korporat mereka perlu membuat permohonan kepada pihak Bank untuk mendapatkan penangguhan pinjaman enam (6) bulan jika perlu. Jadi apabila permohonan diluluskan tempoh Tenure/Jangkahayat pinjaman akan dianjak enam (6) bulan dari tempoh Tenure/Jangkahayat asal. Misalnya jika Tenure/Jangkahayat pinjaman lima (5) tahun, maka ia akan menjadi jadi lima (5) tahun enam (6) bulan. Ia tidak dikira reschedule atau pengstrukturan oleh Bank Negara Malaysia. Tetapi sekiranya selepas enam (6) bulan penangguhan tersebut masih tidak mampu membuat pembayaran, maka boleh buat permohonan penangguhan yang akan diambil kira sebagai reschedule atau pengstrukturan.
Untuk maklumat lanjut boleh hibungi nombor telefon Bank terlibat.
Oleh kerana arahan BNM ini baru keluar semalam, Rakyat diminta untuk bersabar dan berikan ruang beberapa hari kepada bank-bank untuk membuat pegumuman kepada pelanggan mereka masing-masing. Bank-bank mungkin ada inisiatif tambahan sendiri ke atas apa yang telah diarahkan oleh BNM - termasuk menawarkan diskaun kepada kadar faedah untuk 6 bulan ini.
0 Ulasan