PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN DILANJUT KE 14 APRIL 2020.

PERINTAH KAWALAN PENGGERAKAN DILANJUT KE 14 APRIL 2020.


PKP dilanjutkan kepada 14 April 2020. Satu pengumuman yang tak manis didengar tetapi wajar dilakukan kerana kasar penurunan COVID-19 dinegara ni tidak menurun.

Walau apa pun PM kita telah berjanji akan mengumumkan insentif ekonomi pada hari Jumaat ini.

NGO dan pusat zakat bekerja keraslah membantu rakyat yang tersepit ni. Buang semua agenda politik buat seketika..

Ini adalah intipati Ucapan PM kita:
Jika ingin membaca teks penuh boleh layari telegram MKN official.

Hari ini adalah hari kelapan perintah kawalan pergerakan
berkuatkuasa. Laporan daripada pihak polis lebih 95 peratus rakyat telah mematuhi perintah ini.

Di negara kita, daripada kes pertama jangkitan COVID-19 dikesan, sehingga jam 12 tengahari ini jumlah kespositif telah meningkat kepada 1,796 kes, iaitu penambahan 172 kes baharu pada hari ini.Tujuh hari yang lalu, jumlah keseluruhan kes COVID-19 ialah 673 kes. Ini bermakna, kes positif COVID 19 telah meningkat 
lebih sekali ganda dalam tempoh hanya satu minggu.

Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. 

Pada hari Jumaat nanti PM akan umumkan satu pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat yang 
lebih menyeluruh. Pegawai-pegawai di Kementerian Kewangan sedang bekerja bertungkus lumus menyediakan satu pakej rangsangan ekonomi yang akan memberikan manfaat kepada semua. Samada 
anda pemandu teksi, pemandu grab, petani, pengusaha restoran, penjual nasi lemak, penjual goreng pisang, 
penjual burger, pekerja harian, kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk pastikan anda semua beroleh manfaat. InsyaAllah, no one will be left behind.

Selain itu, saya juga berharap pusat-pusat pungutan zakat di setiap negeri turut memainkan peranan secara lebih proaktif untuk membantu para asnaf yang saya 
percaya sedang menghadapi keadaan hidup yang agak lebih sukar pada masa ini. Berilah bantuan kepada mereka. Mungkin mereka yang sebelum ini tidak 
tersenarai sebagai asnaf, tetapi dalam keadaan ekonomi yang terjejas pada masa ini, mereka menjadi golongan asnaf yang layak menerima bantuan zakat.

Catat Ulasan

0 Ulasan