PELBAGAI BLOG DENGAN NICHE YANG SPESIFIK.
Mereka tahu memecahkan topik mereka kepada beberapa blog atau niche yang sesuai untuk blog mereka. Dalam Google algotrima, ia melihat potensi sesuatu blog tersebut berdasarkan niche mereka. Jika anda bercerita tentang pelancongan buatlah topik tentang melancong sahaja. Jangan campur aduk tentang masalah dunia dan lain-laan..hehehehe.
Barulah Google mudah mengenali tentang blog anda. Atas sebab itu kadangkala blogger mempunyai beberapa blog dalam memecahkan beberapa niche yang sesuai. selain itu dengan blog yang pelbagai potensi untuk menjana pendapatan amat tinggi kerana denagn blog yang banyak potensi klik adalah lebih tinggi dengan satu blog. Itu logiknya.
Dibawah adalah beberapa jenis blog yang masih aktif dikelola oleh saya. Hanif Bin Idrus blog tetap menjadi blog utama saya semenjak berblogging selama 10 tahun ni. Yang lain-lain adalah beberapa jenis blog yang mempunyai pelbagai niche yang saya masukkan jika ada kena mengena dengan niche saya.
Ada blog yang saya kelola milik pihak lain seperti Blog Kek dibawah sekali. I milik kakak saya yang membuat bisnis homemade cake. Saya buat blog ini dan tujukkan jenis kek yang beliau buat dan balasannya hanya tepek iklan Google Adsense saya kat blog beliau.
Namun bagi saya jumlah blog yang kita kelola bukan bergantung pada jumlahnya tapi kemampuan untuk kamu mengendalikan dengan membuat artikel yang berkesan serta membuat maintenance blog dari masa ke semasa. Jika mampu kendali 10 blog, teruskan.
Selain itu saya juga mempunyai beberapa blog pasif yang buat sebagai tambahan blog saya. nasib kalau ada pengguna yang membaca keran ia hanya blog produk yang tidak perlu diupdated banyak kali.
Adakah mempunyai blog yang banyak memerlukan pengorbanan. Ya, terutama blog yang memerlukan anda masukkan artikel setiap minggu. Penat juga ler..hahahaha.
Anda mempunyai berapa blog?
Apa kelebihan mempunyai koleksi blog.\
Jana Pendapatan
Sudah tentu yang pertama ialah menjana pendapatan yang lebih baik dengan blog anda. Dimana setiap blog anda diletakkan iklan dan jika blog anda berkisar tentang pelancongan maka iklan yang keluar berkaitan pelancongan jika anda menggunakan Google Adsense dan potensi untuk menjana pendapatan adalah tinggi.
Apa guna buat blog banyak-bnayak dan buangkan masa anda tapi anda tidak memaksimakannya untuk menjana pendapatan.
Jana Trafik Melalui Link
Anda dapat menjana external link dengan membuat link anda ke semua blog ini. Ini bukan teknik spam tetapi anda boleh membuat satu senarai bloglist dan meletakkan di side blog anda dan jika mereka berminat dengan pelancongan maka mereka klik blog pelancongan dan jika mereka berminat dengan agama mereka akan klik blog pelancongan.
0 Ulasan