UPDATED TERBARU PADA : 15 APRIL 2020
Pada 10 April PM kita telah membuat pengumuman bahawasanya PKP akan dilanjutkan kepada 28 April 2020. Ini adalah jangkaan admin melalui data yang dikumpulkan semenjak PKP FASA 1 lagi.
PKP FASA 2 menunjukkan perkembangan yang baik berbanding FASA 1.
Admin membuat analisa baru dsiebabkan penambahan FASA 3 hingga 28 April ini. Sebelum ini admin ada membuat analisa perbandingan FASA 1 hingga 9 April.
Anda boleh baca artikel data analisis yang diambil : ANALISA DATA COVID-19
Melalui data PKP FASA 1 vs FASA 2 sehingga 11 April 2020 kita dapat melihat peningkatan yang amat drastik untuk kes sembuh dan kes baru. Dimana pada FASA 1 perbandingan kes sembuh vs kes baru hanya 23% sahaja yang sembuh tetapi pada FASA 2 peningkatan 83% kes sembuh berbanding kes baru. Lagi 3 hari akan tamat FASA 2 dan admin yakin data ini kes sembuh akan meningkat berbanding kes baru.
Admin telah mengubahsuai data mengikut FASA 1 hingga 3, baru senang kita melihat perkembangan COVID-19 di Malaysia.
Admin masih mengekalkan target 100 kes ke atas untuk kes sembuh dan target 100 kes ke bawah untuk kes baru. Ini adalah unjuran logik yang boleh dicapai buat masa sekarang dalam menganalisa lengkungan COVID-19 baik atau buruk. Kenapa target 100 kerana berdasarkan purata 100 kes sembuh dan baru.
Pada FASA 2 kita dapat melihat garisan hijau iaitu kes sembuh selama 5 hari berjaya melebihi 100 kes. Manakala kes baru belum lagi tapi hampir mencapai bawah 100 kes.
Data kes baru ini yang membuat admin agak gusar sepatutnya ia akan turun tapi masih kekal melebihi 100 kes. Atas sebab ini admin yakin PKP harus dilanjutkan kepada 28 April.
Perkara ini tak dapat dielakkan kerana ada beberapa kes cluster baru yang muncul tetapi tindakan pantas KKM membendungnya seperti mengistiharkan zone merah atau PKPD. Malah beberapa tambahan sekatan jalanraya juga menyumbang ke arah penularan kes baru dari kluster baru.
Melalui pecahan kes baru COVID-19 mengikut negeri. Kedah dan Perlis tiada penambahan kes tetapi admin perasan Labuan dah ada 2 kes baru. Dah lama Labuan tiada kes baru.
Apa pendapat anda melihat pecahan kes baru COVOD-19 pada 11 April ini. Untuk admin semua negeri masih lagi menyumbang kes baru dan tiada pengurangan ZERO kes mengikut negeri.
Sebenarnya atas dasar ini admin memberi pandangan FASA 3 harus diteruskan.
Admin yakin FASA 3 ini adalah fasa terakhir PKP. Pada fasa ini sepatutnya adalah pembersihan secara total dengan harapan tiada penambahan kluster baru.
PKP dapat ditamatkan jika:
1. Tiada penambahan kluster baru.
2. Penambahan kes sembuh
3. Pengurangan kes baru
4. Penambahan negeri-negeri bebas COVOD-19
Updated pada 15 April 2020
Hari kedua FASA 3 PKP menunjukkan harapan yang baik dimana pertama kali kes baru di bawah 100 kes iiatu hanya 85 kes sahaja pada 15 April. Seperti admin katakan jika kes baru kekal momentuam bawah 100 ke dan kes sembuh melebihi 100 kes maka mengikut data secara logik buat masa sekarang, COVID-19 boleh dihapusakan di Malaysia.
Pada 15 April, 9 neegri menunjukkan tiada penambahan kes baru!!!!!! Good trend dan amat memuaskan hati.
Artikel ini admin akan updated dari masa ke semasa untuk dikongsi dengan pembaca Hanif Idrus Blog. Seperti yang dikatakan oleh PM kita, rakyat Malaysia adalah rakyat terhebat. Dan admin amat yakin rakyat Malaysia akan menyokong penuh menamatkan COVID-19 ini demi kembali ke kehidupan lama kita.
0 Ulasan