BAGAIMANA MEMERIKSA BPN YANG TIDAK BERDAFTAR DENGAN LHDN

BAGAIMANA MEMERIKSA BPN YANG TIDAK BERDAFTAR DENGAN LHDN



BAGAIMANA MEMERIKSA BPN YANG TIDAK BERDAFTAR DENGAN LHDN


Pemberian BPN diberikan buat rakyat di dalam kategori pendapatan 40% terbawah (B40) dan pendapatan 40% di pertengahan (M40). Kategori B40 adalah mereka yang telah berdaftar dengan program Bantuan Sara Hidup (BSH) yang sedia ada. Manakala kategori M40 dikenalpasti oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), berdasarkan cukai pendapatan yang telah dibayar kepada LHDN.

Semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, Bantuan Sara Hidup dan Kementerian Kewangan Malaysia, bermula 1 April 2020.

Jika anda tergolong di dalam kategori BSH tetapi tidak pernah mendaftar, atau tidak pernah mendaftar cukai pendapatan di LHDN, anda masih boleh memohon untuk menerima BPN. Permohonan baharu boleh dibuat mulai 1 April 2020, di laman web rasmi LHDN: www.hasil.gov.my

Berhati-hati dengan sebarang penipuan yang cuba mengambil kesempatan menipu orang ramai yang sangat memerlukan bantuan ini. Rujuk pada sumber rasmi seperti laman web LHDN, PMO dan MKN untuk maklumat yang benar dan tepat dan jangan memberikan maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga.

STEP 1

BAGAIMANA MEMERIKSA BPN YANG TIDAK BERDAFTAR DENGAN LHDN


STEP 2
BAGAIMANA MEMERIKSA BPN YANG TIDAK BERDAFTAR DENGAN LHDN
ISIKAN KAD PENGENALAN ANDA
STEP 3
BAGAIMANA MEMERIKSA BPN YANG TIDAK BERDAFTAR DENGAN LHDN
MEMANG TIADA REKOD SEBAB ANDA TIDAK PERNAH DAFTAR DENGAN LHDN 
STEP 4 
BAGAIMANA MEMERIKSA BPN YANG TIDAK BERDAFTAR DENGAN LHDN
ISIKAN MAKLUMAT YANG DIMINTA

Bahagian ini yang leceh banyak ni;
Pastikan anda siap sedia -
a) No bank anda
b) Kalau dah kahwin, tulis tarikh perkahwinan anda.
b) Kad pengenalan isteri/suami dengan no bank dan telepon.
c) Kad pengenalan anak
d) Nama waris termasuk kad pengenalan dan no telepon
Siapkan sediakan semua baru kamu boleh buka laman web ini. Kemudian dah siap tekan next dan ikut sahaja arahan yang diberi. Lepas tu  tunggu ler dia sms atau email kat kau..


Jika pembayar cukai melalui e-filling atau penerima BSH ia secar automatik anda layak jika memenuhi kriteria.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan mengenai BPN, boleh menghubungi Kementerian Kewangan atau LHDN menerusi nombor telefon atau saluran berikut:

Kementerian Kewangan Malaysia
(Waktu operasi: Ahad-Jumaat, 9am-5pm, mulai 29 Mac)
Telefon: 03-8882 9089, 03-8882 9087, 03-8882 9191, 03-8882 4565, 03-8882 4566

(Waktu Operasi: 24 Jam)
EMEL: bsh@treasury.gov.my atau pre2020@treasury.gov.my
TELEGRAM: PRE PRIHATIN
FACEBOOK: Kementerian Kewangan Malaysia

LHDN
(Waktu operasi: Ahad-Jumaat, 9am-5pm, mulai 30 Mac)
TELEFON: 1-800 882 747, 03-8911 1000

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia


Catat Ulasan

0 Ulasan