Terbaca satu page dari netizen ni yang membandingkan kawalan COVID-19 Malaysia dan negara lain.
Kalau nak bandingkan bentuk lockdown, admin boleh katakan semuanya sama. Perbezaan ialah bagaimana menjaga kebajikan rakyat, dalam hal ini Malaysia adalah yang terbaik. Dan aku rasa semua rakyat Malaysia akuinya.
Semenjak zaman Badawi hingga ke PM ke 7. Admin merasakan rakyat Malaysia ini dapat merasai perbezaannya kan.
Bayangkan jika kita bukan zaman PM ke 8. Apa bantuan yang anda rasa akan dapat?
Admin rasa majikan boleh buang pekerja sesuka hati dan bantuan yang di terima pula hanya untuk BSH sahaja sebanyak RM300. Yang lain pandai-pandai ler hidup sendiri atas alasan rizab kerajaan kurang. Ayat standard yang aku telah dengar semenjak zaman kemelesetan ekonomi 1998 dan 2008.
Pembuangan kerja secara besar-besaran akan berlaku jika kerajaan terdahulu yang memerintah kerana mereka pentingkan ekonomi daripada kebajikan rakyat.
Admin pernah lalui zaman kemelesetan ekonomi tahun 1998 dan 2008, dimana ramai rakan admin tiada pekerjaan. Tiada bantuan untuk rakan-rakan.
Jika sekarang Pakatan Harapan yang memerintah dan asyik buat statement kerajaan tiada duit. Admin rasa lagi teruja rakyat sekarang berbanding tahun 1998 dan 2008. Mungkin bantuan terbaik mereka boleh beri ialah tambahan RM30 untuk e-wallet.
Dan melalui PKP bawah PM ke 8 ini admin melihat bantuan yang diberikan amat melampau. Mungkin anak-anak muda zaman sekarang yang tak pernah lalui zaman susah dahulu tak dapat bandingkan apa yang aku lalui.
Sekarang ni kalau tak kerja 4 bulan masih boleh hidup lagi cuma kena cari duit nak makan sahaja. Tak yah pikiq tentang hutang bank. Hebatkan!!.
Anda masih hilang kerja tapi masih boleh bernafas. Dulu kena buang kerja, duit kereta, rumah tetap kena bayar dan akhirnya semua kena tarik. Itu bezanya sekarang dan kami yang dahulu.
Saya tak marahkan mereka yang dipotong gaji atau dibuang kerja. Admin pernah laluinya dan ianya amat perit. Namun jika gunakan bantuan kerajaan sekarang ini, anda masih boleh survive hingga tamat PKP atau mencari pekerjaan baru.
Hebatkan kerajaan baru ni. Yang masih bekerja dan dibayar gaji penuh sibuk tayang masakan mereka. Tak terasa masa berjalan.
Jom baca FB post netizen ini dan lihat perbandingan mereka. Cukuplah admin bercerita tentang perbandingan zaman kerajaan dahulu dan kini.
Mereka kata jika kerajaan Singapura tidak 'lockdown' seperti Malaysia, tak mustahil kes Covid-19 akan naik mendadak di negara mereka mengatasi negara kita.
Saya baca beberapa komen dari rakyat Indonesia yang berkata rakyat Malaysia beruntung dapat pemimpin yang cakna kepada rakyatnya. Dapat banyak bantuan. Sedangkan di Indonesia, masing-masing perlu usaha sendiri untuk hidup. Tidak keluar bekerja, maknanya tidak dapat makan.
⁰
Begitu juga di Filiphina. Semakin hari kes semakin meningkat, dan semakin ramai yang mati. Rakyat terpaksa 'berperang' dengan polis demi mencari makanan.
Dan pagi ini, saya lihat gambar ini pula. Semasa Perdana Menteri Thailand berucap, ramai yang memberi emoji marah, manakala semasa Perdana Menteri kita berucap, rakyat memberi sokongan penuh kepada 'abah' kita.
MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Dengan wabak yang sedang melanda negara kita, saya tetap dapat rasakan Allah merahmati kita semua.
Kita dapat menguruskan wabak ini dengan baik hingga diiktiraf dunia. Majoriti rakyat kita mendengar kata walaupun ada sesetengahnya degil dan menjengkelkan.
Barisan Hadapan kita sentiasa bersedia setiap masa untuk rakyat. Rakyat juga tidak jemu berganding bahu membantu mereka yang lebih susah.
Para pemimpin kita juga bukan biasa-biasa, orang yang alim, berilmu agama, seorang mufti, seorang ustaz.
Saya benar-benar terasa Allah melindungi dan merahmati bumi Malaysia.
Kehidupan di negara kita masih lebih baik jika ingin dibandingkan dengan negara lain.
Walaupun kita selalu bergaduh antara satu sama lain, tapi bila ada manusia dari negara luar cuba memburukkan negara kita, kita anak Malaysia mampu bersatu untuk 'menyerang' mereka.
Rakyat Malaysia, bersyukurlah. Bersyukur kerana walau dalam keadaan susah sekarang ni, kita masih mampu tersenyum. Masih boleh duduk dengan keluarga dan bermain dengan anak-anak. Masih dapat makan, masih dapat minum. Masih ada pemimpin dan barisan hadapan yang menjaga kita semua.
Redha dan bersyukurlah. Wabak ini akan segera berakhir. Kita mesti menang!
Kredit
Yuhanis Azam
11.4.2020
0 Ulasan