DISKAUN BIL ELEKTRIK 50% UNTUK PENGGUNA DOMESTIK

DISKAUN BIL ELEKTRIK 50% UNTUK PENGGUNA DOMESTIK


Kerajaan bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) menambah peruntukan sebanyak RM530 juta untuk memberikan diskaun elektrik antara 15 peratus hingga 50 peratus.

Potongan mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 600 kilowatt sebulan bermula bil April tahun ini.

Diskaun 50 peratus akan diberikan kepada penggunaan elektrik bawah 200 kilowatt, 25 peratus bagi penggunaan antara 201 hingga 300 kilowatt dan 15 peratus bagi penggunaan 301 hingga 600 kilowatt.

Katanya, diskaun itu akan berkuat kuasa bagi tempoh enam bulan mulai bil April 2020, manakala diskaun dua peratus yang dimaklumkan sebelum ini akan terus dinikmati oleh semua pengguna isi rumah.

Rebat itu akan tertera pada bil elektrik mulai bulan Mei 2020.

Mengikut skim rebat berperingkat itu, tiga juta pengguna domestik (penggunaan bulanan bawah 200kWh) akan menerima rebat 50 peratus manakala 1.5 juta pengguna (penggunaan bulanan antara 201 kWh dan 300kWh) menerima rebat 25 peratus; dan 2.2 juta pengguna (penggunaan bulanan antara 301kWh dan 600kWh) menerima rebat 15 peratus.

Rebat elektrik ini akan disubsidi secara bersama oleh kerajaan, TNB serta dana daripada Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE).

Saya adalah pengguna domestik. Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendapatkan diskaun?

Pengguna domestik tidak perlu mengambil apa-apa tindakan. Diskaun diberikan secara automatik kepada semua pengguna domestik yang berdaftar dengan TNB atau mana-mana pembekal elektrik berdasarkan jumlah penggunaan elektrik untuk tempoh penggunaan mulai 1 April hingga 30 September 2020.


Bagaimanakah pengiraan diskaun bil elektrik dibuat?

Diskaun bil elektrik dikira seperti berikut:

Diskaun = % Diskaun x  Caj dalam RM (kW + kWh) + ICPT +  Diskaun Lain (Sekiranya Ada)

Keterangan:

JENIS CAJKETERANGAN
kWhCaj Penggunaan Elektrik
kWCaj Kehendak Maksimum
ICPTImbalance Cost Pass Through atau Pelepasan Imbangan Kos Bahan Api dan Penjanaan
Diskaun lainDiskaun Sediada seperti 10% dan Diskaun 20% untuk TASKA

Nota: Jenis caj yang tidak diambilkira untuk Diskaun Bil Elektrik ialah Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu, Surcaj Angkadar Kuasa, Penalti Lewat Bayar, Surcaj Alat Kimpal, Deposit, Tambahan, Lampu Jalan Individu, Caj Minimum Bulanan, myGreen+ dan Caj Bekalan Sementara.

Contoh-contoh pengiraan diskaun bil elektrik pengguna adalah:

Contoh 1: Berdasarkan Bacaan Sebenar Bagi Pengguna Tarif Perdagangan Yang Layak Menerima Diskaun 15% (Penggunaan selepas 1 April 2020)

Pengiraan Diskaun= % Diskaun x (Caj Penggunaan kWh + Caj ICPT)
= 15% x (RM1,565.14 + 62.08)
Jumlah diskaun diterima= (RM 244.08)

Catat Ulasan

0 Ulasan