Dengan ujudnya wabak COViD-19 ini bermakna interaksi manusia sesama manusia akan kekal di jarakkan. Sentuhan sudah tentu tidak benarkan. Manakala perniagaan yang menjana perhimpunan ramai seperti bazar ramadhan, pasar tani atau pasar malam sudah tentu di batalkan atau jika dibenarkan mungkin kadar pelanggan akan berkurangan.
Mahu tak mahu peniaga kecil terpaksa mengubah strategi perniagaan mereka jika mahukan teruskan kesinambungan perniagaan anda.
Satu cara sahaja iaitu upgrade perniagaan anda kepada online. Tak kira peniaga pasar malam hingga peniaga ikan mesti terlibat dalam teknologi ini.
Perkara yang paling mudah ialah promosi perniagaan anda melalui what apps group rakan-rakan/ kumpulan , di FB atau mana-mana media sosial.
Anda boleh menulis atau membuat templates atau banner supaya pelanggan anda boleh menempah produk anda. Ini adalah paling mudah dan biasa dilakukan.
Untuk admin cara ini adalah paling mudah dan berkesan, nak tempahan hanya what apps anda. Apatah lagi jika zon delivery anda dalam keluasan 10km. Ini paling terbaik.
Jika anda sudah keluar modal untuk bazar ramadhan maka anda sudah boleh mula sekarang untuk promosikan produk anda setiap hari.
Ingat bukan anda sahaja akan membuat teknik ni tetapi beratus peniaga akan membuat teknik ni. Awak mesti mula sekarang.
Buat templates awal-awal dan tamat sahaja PKP, hantar templates menu anda dari rumah ke rumah. Ini adalah waktu kritikal untuk anda membuat promosi.
Kalau anda jumpa mak sedara atau anak buah, kasi templates anda pada mereka.
Buat FB Pages dan share dengan group-group FB pages yang lain. Jika anda orang Melaka, platform terbaik ialah platform FB seperti Geng Melaka yang mempunyai ramai ahli. Ada FB setempat yang meminta bayaran untuk siarkan iklan anda. Terpulang pada anda.
Jangan lupa kini telegram channel juga merupakan salah satu media sosial yang makin berkembang. Gunakan media sosial ini.
Kalau tahap yang lebih sikit ialah menjadi seller di Lazada atau Shoppee yang dimana tenpoh hari Lazada ada membuat platform kepada pekebun kecil petani menjual produk mereka.
Anda juga boleh masukkan senarai produk anda di GRAB FOOD atau PANDA FOOD. Saya dengar ada syarikat delivery baru iaitu GO Eat akan membuat platform on line untuk peniaga bazar ramadhan.
Dengar kabar ada ura-ura nak buat online e-bazar. Baguslah tu bagi membantu peniaga kecil.
Ini hanya cadangan, anda boleh membaca teknik-teknik food delivery di laman web yang berlambak. Belajar disana sementara PKP ini.
Namun saya nasihatkan anda harus berubah dari peniaga fizikal kepada peniaga on line kerana zaman sudah berubah dan anda kena berubah.
Selain itu mudahkan pembayaran selain guna bayaran tunai, kini kita juga dah ubah kepada e-wallet. Ikut peredaran zaman perniagaan.
Perniagaan food delivery Malaysia pasti akan berkembang disebabkan PKP ni Yang tak pernah on line pun dah belajar tempah online. Jika lambat dan tiada kelainan strategi anda pasti tertinggal.
0 Ulasan