Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, jumlah itu diperolehi daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sehingga 12 tengah hari tadi.
"Jumlah pendaftaran diterima setakat jam 12 tengah hari tadi daripada SKMM adalah lebih 500,000 individu.
"Daripada jumlah itu, lebih 250,000 membuat permohonan untuk mendapatkan permit bagi melakukan perjalanan rentas negeri," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Semalam, Huzir memaklumkan seramai 300,000 individu sudah mendaftar dengan dan lebih 100,000 daripadanya sudah memohon untuk mendapatkan permit bagi melakukan perjalanan rentas negeri.
Dalam kenyataan media itu, pihaknya turut menjangkakan angka itu akan meningkat berkali ganda menjelang 1 Mei ini.
Katanya, pemohon terdiri daripada yang terkandas di kampung halaman dan tidak sempat pulang ke rumah masing-masing berikutan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
0 Ulasan