Tular kejap kat FB apabila boss Mydin memberi cadangan gaji penjawat awam dipotong pikul beban Covid-19 ini.
Apabila bercerita tentang pemotongan sementara ini, kebanyakan syarikat swasta sudah pun melakukan tindakan ini dengan memotong sekurang-kurangnya 30% gaji eksekutif mereka manakala pekerja lain diwajib mengambil cuti tanpa gaji 1 kali setiap minggu sehingga tamat PKP ini.
Yang lebih tragis ada yang tidak bergaji semenjak PKP ini, ini melibatkan pekerja gaji harian sebagai pembantu kedai makan atau peniaga kecil.
Selain itu pekerja kilang yang perolehi gaji penuh tetapi bekerja shift akan kehilangan 3 jam OT setiap hari dan juga elaun pengangkutan jika ada sepanjang PKP ni. Ini pun kalau dikira mahu hilang dalam RM800 untuk operator pengeluaran.
Inilah realiti kehidupan pekerja swasta namun insentif Prihatin kerajaan yang mengurangkan beban pekerja swasta iaitu pengeluaran KWSP RM500 selama setahun dan kelonggaran bayaran rumah/ kereta/ pinjaman bank selama 6 bulan merupakan satu napas lega kepada pekerja swasta yang terbabit. Kalau tak mahu pening kepala.
Untuk pekerja swasta dari operator hingga eksekutif memang terasa impak ni. Cuma tak terasa sebab ada insentif Prihatin ni. Terima kasih kerajaan PN.
Namun, apabila Boss Mydin mengeluarkan penyataan ni, admin secara peribadi tak mahu mengeluarkan statement menyokong atau tidak menyokong.
Gaji RM3000 kalau dikira nilainya tidaklah seberapa besar sangat. Andai kata kerajaan memotong 20% ianya jumlah yang agak besar.
Ada juga penjawat awam mengharap elaun dan kerja tambahan, dan dengan PKP ini mereka juga terkena terpiasnya.
Kalau tak salah, bayaran rumah kakitangan awam dibawah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPSSA) diteruskan meskipun dibawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana gaji mereka dibayar penuh serta menerima one off RM500 menurut Menteri Keselamatan.
Ini salah kelebihan yang mereka tak dapat nikmati melalui insentif Prihatin. Dan admin lihat tiada yang marah. Bermakna mereka memahami perkara ini.
Untuk admin, gaji penjawat awam yang harus dipotong jika perlu ialah melihat gred yang lebih tinggi seperti penolong pengarah ke atas. Bukannya tangga gaji RM3000, itu terlalu kejam.
Buat macam pihak swasta dimana pengurus ke atas dipotong gaji 30%.
Itu cadangan admin.
Adakalanya semua pihak boleh membuat pelbagai cadangan namun ianya haruslah realistik. Jangan lihat pada mata kasar tetapi kaji sedalamnya.
Anda tidak boleh membuat keputusan untuk penjawat awam kerana anda tidak bekerja di sektor ini. Dan penjawat awam tidak boleh membuat keputusan untuk pekerja swasta kerana anda tiada pengetahuan tentang kehidupan pekerja swasta.
0 Ulasan