POLITIKKAN ISU YANG ANDA TAK FAHAM DI MEDIA SOSIAL

POLITIKKAN ISU YANG ANDA TAK FAHAM DI MEDIA SOSIAL


Semalam admin dapat melihat sikap masyarakat Malaysia yang cepat bertindak menghukum seseorang.

Masyarakat jabatan netizen media sosial ini adalah masyarakat u-turn. Hari ni dia puji kau, esok dia boleh bunuh kau.

Kisahnya begini semalam ada artikel oleh BNM berkenaan moratium untul sewa beli kereta dan pinjaman peribadi. Dimana perubahannya anda kena bayar kadar faedah selama 6 bulan moratium ni.

Memang ada sedikit perubahan tapi pada dasarnya anda tetap untung kerana anda hanya perlu bayar interest sahaja.

Lepas tu adalah beberapa artikel di share dengan laju di FB. Ada yang kata kena bayar penuh semua pinjaman. Ada yang kata macam-macam ler. Tapi semuanya salah, itu yang kelakaunya.

Di post tulis BNM U-TURN bukan sekali tetapi banyak kali seolah-olah tak puas hati atau ia tahu tapi politikkan isu ni dengan memberi maklumat yang salah kepada rakan-rakannya.

Jika kau marah pasal interest tu okey juga ler. Ini tah apa-apa yang ditulis dan paling tragis ialah pengomen pun sokong.

Saya nasihatkan ambil ilmu tu dahulu sebelum komen. Takut anda menjadi penghasut pula.

Dan untuk netizen, periksa dahulu sebelum sokong. Kaji segala aspek. 

Zaman sekarang ni zaman PKP, semua orang tengah susah. Kerajaan pun tengah susah. Semua pihak tak ada duit. 

Hentikan politik kecil anda. Bandingkan diri anda dengan rakyat negara lain. Anda masih bertuah. 
Jangan kerana margin untung anda mengecil disebabkan isu interest ni anda mula hilang pertimbangan.

Fikirkan dahulu zaman PH, RM30 jer kita dapat.. Fikir zaman tahun 2008, apa yang kita dapat waktu meleset. Fikir zaman 1998, apa yang kau dapat waktu meleset tu.

Tiada apa-apa. Sekarang ni hanya tolak interest kau dah meraung cam orang giler. 

Catat Ulasan

0 Ulasan