Toyyibpay merupakan gateaway payment yang agak popular di Malaysia selain Senangpay, bizzappay, epay dan lain-lain.
Admin memakai Toyyibpay sebab interface pembayarannya kemas dan tidak bercelaru. Sebelum ini admin pakai Bizzappay tapi tak kena dengan jiwa ler.
Untuk mendapatkan kelulusan Toyyibpay ini agak lambat iaitu 2 hari untuk pengesahan bank anda. Tapi melalui Bizzappay atau Stripe, serta merta kelulusan. Setiap syarikat berbezakan caranya.
Maka anda dapat bayangkan bahawa admin ada 3 akaun iaitu Toyyibpay, bizzappay dan Stripe.
Kalau urusan luar negara baik pakai Stripe sebab nama dia gah tapi masalahnya kalau kalau nak pakai FPX memang kena main coding.
So admin plan pakai Toyyibpay dan sejak 6 hari lalu dia ada hantau email bahagian kredit/debit kad dia ada problem.
6 hari untuk sistem down sesuatu yang tidak masuk akal untuk admin. Lama sangat ni, dan untuk bisnes wise ianya adalah pantang larang yang betul-betul terlarang.
Beribu pelanggan yang pakai Toyyibpay mesti ada yang kehilangan pelanggan disebabkan masalah teknikal Toyyibpay ni.
Siapa yang akan menanggung kerugian disebabkan kesilapan ni. Admin pasti ramai yang dah log out Toyyibpay dan guna perkhidmatan lain termasuk admin.
Nasib baik ada backup gateaway payment kalau tak berpeluh ler...
0 Ulasan