Admin bukan nak merendah-rendahkan sesama manusia tapi dah tak boleh tahan melihat situasi seperti ni kerap berlaku.
Dalam dunia online ini ada 2 jenis iaitu menjual melalui messenger/what apps dan website.
Kalau anda menjual di FB menggunakan messenger/what apps biasanya komen dari pelanggan ialah PM.
Yang ni penjual kena jawab PM dan hantar maklumat kepada pelanggan dengan gambar dan informasi lengkap.
Lepas tu jika dah closed sales, penjual akan berikan no akaun bank untuk bank in.
Cara penjualan ni adalah lebih mesra kepada pelanggan dimana interaktif secara terus dengan pelanggan.
Manakala cara kedua ialah menjual melalui website dimana pembeli akan dibekalkan dengan maklumat lengkap melalui artikel jika pelanggan klik URL tersebut.
Perbezaan website dengan what apps ialah jualan melalui what apps, penjual terpaksa tepek satu persatu. Manakala di artikel website pelanggan mendapat maklumat yang sama macam what apps tapi ianya lebih mudah.
Manakala pembayaran pula melalui website ialah menggunakan gateaway payment.
Ini yang kita panggil perniagaan e-commerce. Salah satu perniagaan yang digalakkan oleh kerajaan.
MASALAHNYA RAKYAT KURANG ILMU IT.
Ini yang admin marah, melalui 2 gambar yang admin masukkan.
Gambar di atas sekali ialah penjual ini menjual produk melalui website dan kalau anda nak tahu lebih lanjut klik jer ikon SHOP NOW.
Nanti anda akan dibawa ke artikel berkaitan dan jika anda setuju maka anda akan klik BUY NOW dan dibawa ke ruang check out dan proceed pembayaran.
Yang admin tak boleh move on ialah gambar kedua. Dimana masih ada yang komen PM atau PM harga, padahal maklumat itu kau klik jer URL penjual tu berikan.
Nampak sangat rakyat Malaysia ni pemalas atau buta IT atau sajer nak mainkan hati penjual. Apa hal kau taip PM, kau baca jer artikel penjual tu tulis.
Kenapa penjual buat jualan pakai website sebabnya penjual tiada masa nak jawab PM dan juga ini teknik terbaru sistem jualan online.
Ada satu komen tulis macam best. "Really. How Much.Interested" nak muntah admin baca. Ayat macam best tapi kalau dia nak tahu klik jer URL tu. Ilmu cetek tapi gaya macam best.
Hanya orang yang faham sahaja akan ketawakan komen PM ni sebab sah-sah mereka ni bukan pembeli tulen. ..
Komen kalau tanya seperti berapa lama penggunannya untuk satu botol? OK ler, boleh komen kat FB komen.
Lega dapat luahkan perasaan ini. Admin dah tak tahan melihat komen sebegini. Tak boleh nak proses..hahahaha.
0 Ulasan