Tahun baru 2021 baru hendak berputik dan semua telah menanam resolusi atau azam tahun 2021.
Namun tak sampai 2 minggu kita dikejutkan dengan kadar kes Covid-19 mencecah 3000 kes. Inilah hadiah tahun baru 2021 kepada rakyat Malaysia..
Rentetan Covid-19 yang membawa kepada 3000 kes serta kematian yang mendadak bermula pada pilihanraya Sabah. Dimana Sabah adalah negeri pertama selepas PKP mempunyai kes Covid-19 yang tinggi serta mencipta rekod 6 kematian sehari.
Kemudian kes Covid-19 ni beralih ke negeri lain seperti Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan akhirnya hingga terkini.
Punca utama, yang akan dan sering disalahkan ialah rakyat. Dimana tohmahan mengatakan rakyat Malaysia degil dan tak patuhi SOP adalah punca kenaikan mendadak kes di Malaysia.
Kasihan jadi rakyat Malaysia, kalau yang buruk adakah rakyat marhaen yang tiada kuasa ni. Padahal masa pilihanraya Sabah, Pak Menteri siap berpeluk-peluk dengan rakyat hingga rakyat Sabah dijangkiti Covid-19 yang serius hingga kini.
Jika pemimpin Malaysia asik nak kejar kuasa maka sampai bila-bila Covid-19 di Malaysia takkan menurun. Mereka adalah pemimpin tapi apa sumbangannya..
Punca terbesar kes Covid-19 semakin parah ialah penguatkuasaan yang lemah di Malaysia, mula-mula jer kau serbu kedai dan saman. Lepas sebulan semua senyap sepi.
Saya nak tanya, dalam masa 3 bulan ni ada tak kedai makan yang tak amalkan SOP di saman atau ada yang dipenjara tak pakai face mask.
Senyapkan, inilah penguatkuasaan standard Malaysia. Saya berani jamin, kalau penguatkuasa pergi ke kedai makan dan periksa MySejahtera berapa ramai yang tak scan. Anda pasti terkejut ramai yang tak scan.
Rakyat cukup berani tidak scan atau pakai pelitup muka kerana mereka tahu penguatkuasa mudah lupa.
Inilah sebab peningkatan Covid-19 yang ketara. Masyarakat perlu dikawal selia melalui pemantauan yang kerap tetapi hilangnya PKP dan hilanglah penguatkuasaan.
Budaya ini yang menyebabkan peningkatan COVID-19. Maka kesimpulan yang admin dapat berikan ialah pemimpin dan penguatkuasa yang tak jalankan kerja anda. Anda semua mudah lupa dan ambil mudah serta leka maka COVID-19 makin parah di Malaysia.
Ya...anda akan kata, pencegahan Covid-19 adalah tanggungjawab bersama. Saya setuju tetapi berapa ramai yang ikut SOP.
Tapi admin tetap salahkan pemimpin. Pertama pemimpin harus tunjukkan contoh yang baik agar rakyat boleh ikut tapi kau orang langgar masa Pilihanraya Sabah.
Penguatkuasa harus ingat, dalam dunia ini jika semua manusia baik takkan ada orang kena bunuh atau kena samun. Sebab ada pelbagai ragam manusia di dunia ini maka penguatkuasaan atau undang-undang perlu ada dan perlu dikuatkuasakan dengan disiplin bukan ikut musim.
Jangan salahkan rakyat sebab rakyat Malaysia ini bukan semuanya baik belaka. Ada yang degil dan anda sebagai pemimpin dan penguatkuasa harus mainkan peranan.
Kalau kes terus meningkat, maka kena PKP lagi ler. Yang susah rakyat juga.Ini adalah pandangan peribadi admin dan jika ada pemimpin atau penguatkuasa terasa hati, admin minta maaf tetapi inilah realiti.
0 Ulasan