Experiment FB Ads Di Shopee

Experiment FB Ads Di Shopee



Admin sudah hampir setahun belajar bagaimana menggunakan FB ads dan sudah sertai beberapa kelas online FB ads.

FB ads merupakan pengiklan paling ampuh buat masa ni. Semua bisnis menggunakan FB ads ini kerana pengguna platform Fb dan Instagram mencecah berbillion orang dan potensi  market sudah tentu besar.

Kelebihan FB ads ialah algoritmanya yang bijak. Jika anda pandai menggunakan fitur audience FB semasa buat ads. Anda akan mendaoat 5 kali pulangan dengan modal iklan. Hebatkan!!!

Tak juga sebab nak mahir FB ADS perlu pengorbanan habiskan duit untuk belajar. Untuk dapatkan data untuk re- targetting audience anda kena beriklan untuk FB dapatkan data.

Admin habis 3K hanya untuk belajar FB tanpa data..hehehhe. Terukkan.  Sekarang ni boleh ler sikit tapi Facebook pixel admin kurang faham sikit.

Berbalik menggunakan FB ads untuk kedai Shopee adakah ia berbaloi. Admin telah membuat pelaburan untuk melabur produk basikal di Shopee admin. 


Experiment FB Ads Di Shopee

Admin recycle gambar lama dan buat FB ads RM3 sehari tetapi admin gunakan reach bukan traffic. Kalau guna reach murah sikit tapi tak sehebat traffic atau conversion.  Reach kosnya amat murah sebab tu admin pakai.

FB ads admin bermula pertengahan 18hb dan pada 20hb ada sales masuk dan ia dari FB ADS. Macam mana admin tahu sebab iklan Keywords dan Discovery ads admin kosong.

Bila buat kira-kira dengan harga barangan RM155 dan kos asal RM118. Admin untung RM3 jer setelah tolak kos iklan di Shopee dan FB.

Iklan FB memakan RM12 dan merupakan kos terbesar. Soalan, adakah ianya berbaloi guna FB ads untuk kedai Shopee anda.

Untuk admin yeeee... tapi syaratnya margin keuntungan produk mesti tinggi sekurang-kurangnya RM30 minimum. Nasib admin baik kerana produk yang admin jual ni untungnya lebih RM30. 

Untuk kes admin, cara pengiklanan admin tidak berbaloi. Sebab admin membawa pembeli klik ke kedai admin bukannya spesific produk.

Buatnya tadi pembeli beli barang RM9. Admin dah rugi ler. Buat iklan FB ads sebaiknya buat iklan specific produk di kedai Shopee anda dengan margin untung RM30 ke atas. Baru boleh untung beb. 

Tapi admin nak try lagi, sebab iklan admin ni memjadi sebab ada saleskan,  so admin naikkan lagi budget iklan admin. Kalau dengan RM3 sehari dalam masa 2 hari, admin dapat 1 sales. Kalau admin naikkan RM10, lagi banyak reach dan sales kan. Entah ler..ahaks.

Kesimpulannya kedai Shopee boleh gunakan FB ads tapi pastikan margin keuntungan RM30 ke atas dan untuk barang yang agak murah pastikan total semua barangan, margin untung minimum RM30. 

Setakat belum ada kerugian lagi tetapi biasanya kalau buat FB ads ini, kita akan rugi dulu sebab FB tengah dalam process learning curve data biasanya 3 - 7 hari. Ini perkara biasa. 

Aiiii...untung RM3 jer sales 18hb - 20hb..teruk ler


Catat Ulasan

0 Ulasan