Siap screen shot dan tepek di group what apps dan semalam admin yang merupakan salah satu pemohon ISinar Kategori 2 cuba untuk melihat jika permohonan admin lulu's atau tidak.
Tapi laman web Isinar tergendala mungkin ramai yang nak tahu status mereka kot hingga server jammed.
Tadi pagi admin nak periksa status Isinar admin dengan jiwa yang bergelora tetapi sebelum sempat klik ke link. Admin terbaca penyataa n KWSP bahawa pengumuman semalam adalah masalah teknikal oleh pihak KWSP.
Kecewa admin bila baca statement tersebut. Dan admin terpikir rakan-rakan yang tersenyum lebar semalam pada tarikh keramat 7.2.2021 bahawa permohonan mereka lulu's. Mesti mereka semua kecewa lagi hebat berbanding admin.
Kesilapan pihak KWSP ini tidak wajar berlaku kerana mereka permainkan HARAPAN rakyat yang memerlukan bantuan ini dan jika tidak perlu sekarang sekurang-kurangnya sebagai simpanan untuk menghadapi ketidakcelaruan economics Malaysia yang tidak menentu ni.
Harapan yang diberikan pada tarikh tersebut dimusnahkan sekelip mata sahaja. Senyuman yang melebar diganti kemurungan pada hari ini.
Kesilapan teknikal ini tidak wajar berlaku pada sebuah agencies kewangan terbesar Malaysia ini. Apatah lagi jika melibatkan perasaan pemohon yang amat memerlukan bantuan ISinar Kategori 2 ini.
Dah ler pelbagai birokrasi yang perlu kami lalui. Dah ler submit dokumen siap surat sokongan syarikat. Kena tunggu 21 hari. Lepas tu KWSP minta lagi surat sokongan lain. Kena reset tunggu 21 hari lagi. Kalau 4 kali asik revised submission, maka 4 bulan baru boleh dapat wang KWSP kalau lulu's ler.
Kemudian KWSP boleh kata kesilapan teknikal pula. Wow!! macam peminta sedekah kami ini. Boleh dipermainkan perasaan kami sesuka hati. Admin bukan batu api, tapi fikirkan jika anda berada di tempat pemohon yang amat memerlukan bantuan ISinar ini. Memang perlu sangat dan semalam dapat berita gembira dan hari ni dikecewakan. Bagaimana perasaan mereka.?
Kesilapan ini tidak wajar berlaku dan tidak boleh berlaku!!! Namun berlaku juga.
KWSP wajar memohon maaf secara terbuka pada semua pemohon KWSP ISinar ni. Duit yang anda pegang tu duit rakyat beb... Bukan duit anda!!
Fahamilah kami rakyat marhaen seperti kami ni.
0 Ulasan