Sebaik sahaja penukaran Ketua Pengarah KWSP semalaam, PM terus membuat pengumuman bahawa pengeluaran Isinar tanpa syarat.
Macam ini le bagus, tempoh hari KWSP buat onah dengan memberi harapan palsu kepada rakyat. Lepas tu minta pelbagai dokumen sokongan yang bukan-bukan...
Bagi ahli yang sudah memohon i-Sinar berdasarkan kriteria dan syarat semasa, permohonan mereka akan diluluskan secara automatik tidak lama lagi.
Jumlah pengeluaran daripada Akaun 1 serta jadual pembayaran maksimum selama enam bulan seperti yang dinyatakan sebelum ini akan dikekalkan
Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM5,000.
Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000 pula, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 atau maksimum RM60,000.
Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.
Tengku Zafrul berkata, berikutan perubahan kepada sistem dan proses dalaman i-Sinar Online, KWSP memerlukan masa yang mencukupi untuk melaksanakan pembaharuan ini.
"Perincian mendalam mengenai perkara itu akan diumumkan KWSP dalam masa terdekat. Kerajaan amat menghargai kesabaran dan pertimbangan ahli sementara perubahan sistem ini dilaksanakan.
Admin harap semua sabar ler, benda dan pasti hanya menunggu wang masuk sahaja..
0 Ulasan