Preferred Seller Shopee merupakan impian semua seller Shopee.
Bukan mudah untuk mendapatkan badge Preferred Seller Shopee kerana syarat-syaratnya memang agak ketat.
Untuk admin perkara yang paling susah ialah net order 75 order setiap bulan. Kalau bawah 75 order pada bulan selepasnya maka anda akan hilang badge Preferred Seller Shopee.
KEDUA ialah shop rating kena 4.8 ke atas tetapi tiada masalah jika anda berterus terang dengan pelanggan anda. Terutama dropship seller shipment mereka 7-14 hari. Pelanggan hanya nak barang cepat sampai jer ...hihihihi.
KETIGA ialah chatting response atas 95%. Walaupun nampak mudah kadangkala kita terlambat respon mungkin masa kita tgh driving atau smartphone kau tertinggal kat opis. Sebab tu seller yang besar- besar ada kerani jawabkan chatting.
Lain-lain rasanya senang jika anda ikuti perkara asas dalam berniaga.
KENAPA ANDA PERLUKAN STATUS Preferred Seller Shopee.
Pertama dan paling penting ialah mendapat keyakinan pelanggan. Dengan badge ni bermakna anda biasa berurusan dengan pelanggan dan rating kedai yang baik sudah tentu memberi impak yang besar terhadap sales anda.
Selain itu pelbagai kemudahan pihak Shopee berikan pada Preferred Seller Shopee. Kedai anda berpotensi dilettante dibahagian hadapan homepage Shopee dan jika carian keyword atau similar produk sudah tentu Preferred Seller Shopee akan mendapat pilihan pertama.
Nampak macam best kan Preferred Seller Shopee tapi ranjaunya harus kita lalui sebelum memperolehi badge ini.
Pertama kedai anda haruslah bagus dari segi saingan harga dan juga branding. Selain itu ads yang berterusan harus dilakukan dengan produk yang baik atau winning produk.
Sebab langkah pertama sebagai seller adalah langkah paling susah. Sentiasa bersabar dan admin galakkan anda menjual secara dropship. Boleh refer ebook admin Rahsia Jualan Di Shopee.
Tak perlu modal dan boleh letakkan 2000 produk dalam kedai anda. Semuanya automation dari payment hingga update stok.
Anda tumpukan branding kedai anda. Berapa lama, lama juga beb dalam 6 - 10 bulan untuk dikenali dan untuk mendapat jualan bergantung pada ads anda.
Modal anda hanyalah buat ads guna Shopee. Buang RM50 sebulan untuk buat keyword atau discovery ads.
Selamat berjaya pada semua seller. Ada masa boleh jenguk kedai kami haniflinda yang baru dibuka.
Bawah ni Pihak Shopee ada kasi tip untuk dapatkan status Preferred Seller Shopee.
Mahu dapatkan EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP percuma salah satu funnel yang saya terangkan iaitu Funnel "Produk Listing"
Dafter email anda dan EBOOK ini akan dihantar ke kotak email anda.
0 Ulasan