PROGRAM FREE SHIPPING RM15 DAN 10 % CASHBACK ADA KOS PERKHIDMATAN

PROGRAM FREE SHIPPING RM15 DAN 10 % CASHBACK ADA KOS PERKHIDMATAN

 

PROGRAM FREE SHIPPING DAN 10 % CASHBACK

Untuk seller-seller baru pasti telah melihat kempen atau program Shopee seperti diatas iaitu FREE SHIPPING RM15 atau 10% CASHBACK. Seller boleh join salah satu program ini samada FREE SHIPPING RM15 atau 10% CASHBACK atau kedua-duanya.

Kelebihan anda sertai program ini ialah kelebihana anda sebagai penjual berbanding dengan penjual lain di Shopee akan lebih menonjol. Yalah, pembeli dapat membeli barangan anda dengan dengan kos shipping percuma!!!

Malah pihak Shopee akan tempelkan badge program ini semua produk anda. Keyakinan pembeli untuk mendapatkan harga yang lebih murah di kedai anda.

PROGRAM FREE SHIPPING RM15 DAN 10 % CASHBACK ADA KOS PERKHIDMATAN

Gambar di atas adalah kelebihan yang akan anda dapati jika sertai program FREE SHIPPING RM15.

Manakala 10% Cashback pula merupakan sebuah insentif yang memberi peluang untuk pembeli  menerima pulangan hasil daripada setiap perbelanjaan pembeli. Wang yang pembeli berbelanja akan dapat dipulangkan semula mengikut peratus tertentu. Lebih kurang ler macam tu.

Shopee 10% Cashback Programme is a programme introduced by Shopee to help sellers to drive more sales by allowing buyers to enjoy Shopee-sponsored 10% Coins Cashback with no minimum spend and no maximum cap, 

Kelebihan jika anda sertai 10% CASHBACK ialah :

PROGRAM FREE SHIPPING RM15 DAN 10 % CASHBACK ADA KOS PERKHIDMATAN

Anda boleh baca kelebihan -kelebihan jika sertai program ini. Namun sebagai seller saya tak galakkan anda join program ini jika anda adalah dropshiping sebab sebaik sahaja anda sertai program ini anda akan dikenakan bayaran perkhidmatan. 

PROGRAM FREE SHIPPING RM15 DAN 10 % CASHBACK ADA KOS PERKHIDMATAN
Mungkon untuk seller baru  yang mendapat email dari Shopee dengan mengatakan anda terpilih untuk sertai program Shopee  FREE SHIPPING DAN 10 % CASHBACK. Bertenang dahulu. Sebab ada kos tersembunyi yang harus anda kena bayar yuang dinamakan kos perkhidmatan..

Jika anda sertai kedua-dua program ini dan saya pasti anda akan sertai dengan klik kedua-dua pilihan ini, setiap penjualan anda kena bayar 7% kos perkhidmatan. Sekarang ini Shopee kasi 6% tapi tak tahu sampai bila ler.

Anda akan kehilangan 6% keuntungan anda yer...

PROGRAM FREE SHIPPING RM15 DAN 10 % CASHBACK ADA KOS PERKHIDMATAN


Sebagai contoh diatas produk Milk Pudding ini saya jual dengan harga RM69 tetapi anda lihat berapa pembayaran semula oleh pihak Shopee kepada saya iaitu RM63.15 sahaja.!! Saya kehilangan RM5.65 untuk kos program yang saya sertai. 

Belum lagi ditolak 2% caj transaksi duit yang wajib dibayar oleh semua seller. Dalam kes saya ialah RM1.38. Total kos yang saya bayar pada Shopee ialah RM7.03.

Belum lagi dikira kos shipping dan saya tak masukkan sebab anda boleh join shipping percuma jika daftar dengan Pos Laju dengan berat tak melebihi 5kg sebagai contoh.

Oleh itu untuk seller pastikan keuntungan anda mesti melebihi 9% ke atas minimum. Takkan anda nak jual produk dengan keuntungan 9%. Akhirnya anda tak untung satu sen pun. 

Kos 9% ini jika anda mempunyai produk sendiri dengan kos shiping percuma. Tapi jika anda ialah dropshipping anda tidak akan memperolehi free shipping ini. Sebab setiap pembelian akan diuruskan oleh pihak ketiga. Maka harga barangan tersebut harus dimasukkan kos shipping dropship anda atau tetapkan semua barangan dropship anda dinaikkan sebanyak 27%. Ini yang saya lakukkan.

At least saya untung dalam 18% untuk setiap jualan. Padahal saya boleh untung 25% setelah ditolak caj transaksi 2% sahaja jika saya tak sertai program ini.Betul tak!!!

SALAH!!! Mahu tak mahu anda kena sertai program ini kerana 90% seller Shopee telah sertai program ini. Kalau anda tak sertai macam mana anda nak bersaing. Oleh itu sebelum anda jual produk anda, periksa harga barangan anda dan tolak awal-awal 9% tersebut.

Jika masih ada keuntungan, anda nak turunkan harga tak salah pun . Tapi kena ingat jika anda sertai campaign Shopee atau anda buat voucher di kedai anda yang membei pelbagai potongan pastikan ada untung setelah tolak free shipping dan 10% casgback ini. Sebab itu saya galakkan harga jualan mesti minimum 27% keatas dari harga kos.

Tak kisah ler kalau anda untung 10% sekalipun jika jualan anda tinggi maka margin pun untung pun tinggi kan.

Bila anda berniaga di marketplace sentiasa lihat kos-kos tersembunyi yang mereka berikan. Takkan sesebuah syarikat tu nak beri semua percuma pada anda. 

Selain itu juga kos iklan anda kena kira juga, jualan tinggi tapi rugi sebab kos iklan lagi tinggi..

Catat Ulasan

0 Ulasan