Shopee merupakan pilihan rakyat Malaysia dengan jumlah 2.4 juta ke laman ini setiap hari. Itu belum campur kalau Shopee buat campaign.
Namun kesukaran paling utama bila join marketplace ini ialah bukan anda seorang sahaja yang menjual produk yang sama. Beratus malah beribu yang menjual produk yang sama dengan harga saingan yang amat tinggi.
Maka ads amat penting dalam memastikan produk anda mendapat carian pertama di Shopee.
Shopee mempunyai 2 ads berbayar iaitu Keyword ads dan Discovery ads.
Apa itu keywords ads, ia merupakan kata carian yang dicari oleh pengguna semasa mencari maklumat sesuatu produk.
Sebagai contoh dibawah gambar ini:
Saya menggunakan produk ini kerana semua agen yang menjual produk ini tidak dibenarkan bermain harga di Shopee. Harga yang dijual harus harga tetap jualan syarikat ni. Maka inilah contoh terbaik.
Harga jualan boleh diubahsuai jika melibatkan free shipping atau jualan combo sahaja. Bagus company ni. Seller pun tak pening.
Yang membuat kelainan antara seller ini ialah free gift. Itu kelebihan setiap shopee Milk Pudding Exfoliator ni.
Saya bukan nak bercerita tentang produk ni tetapi nak cerita tentang keyword mengguna produk ni.
Apabila saya taip kata kunci, kata carian, keyword 'milk pudding exfoliator" maka akan keluar beberapa produk ini. Yang menggunakan shopee ads akan terpapar dahulu di muka hadapan carian anda. Contoh seperti diatas.
Anda akan nampak beberapa produk dengan sebelah kiri tertulis ADS kan .Maknanya seller ini membayar dan mengiklan mengguna Keyword ads.
Sudah tentu saya sebagai pengguna akan me klik kedai tersebut dicarian pertama. Best kan guna keyword ads.
Sebaik sahaja pengguna klik kedai itu, maka seller tersebut akan dicaj perkhidmatan ads berdasarkan nilai keywords atau bid anda.
Untuk pengetahuan setiap keyword mempunyai nilai yang berbeza. Sebabai contoh nilai keyword 'milk pudding ialah RM0.40 untuk setiap klik. Namun ada yang harga RM0.03 hingga mencecah RM6 perklik.
Bayangkan jika 10 orang yang mencari kata kunci sama seperti diatas klik kedai tersebut dan seller terpaksa bayar RM4. Kalau ada sales it OK tapi itulah cabarannya bila kita beriklan.
Mesti ada sales kalau gambar cantik dan ada free gift untuk pembeli.
Pendek kata keyword ads Shopee ini memang power tapi disebabkan saingan yang amat tinggi dalam Shopee itu sendiri. Maka ada beberapa pihak menyalahgunakan dan menganiaya seller Shopee yang lain.
Sebagai contoh, katakan saya seller produk yang sama dengan kedai diatas. Sudah tentu produk saya tak akan laku kerana saya tak iklan di Shopee ads dan kata kunci saya pula tak power macam kedai diatas.
Apa yang saya buat, ialah saya akan klik berpuluh kali kedai tersebut tetapi tak beli produk tersebut. Bayangkan kalau saya klik 100 kali X RM0.40. Bankruptcy kedai tu. Tak balik modal oiiii..
Jahatkan dan saya pernah mencuba membuat iklan pakai keyword ads dengan bid yang tinggi. Dalam masa 4 hari habis RM200. Sales zero.Tapi bukan produk di atas tetapi produk dropship yang punyai terlalu ramai seller.
Produk Milk Pudding saya dapat jualan setiap minggu. Kami semua agen yang baik..ahaks..
Selain itu kelemahan Shopee ini ialah jika anda guna Keyword ads dan pengguna klik ke kedai anda.
Pengguna akan dibawa ke kedai anda. TETAPI Shopee juga akan keluarkan iklan Similar product dibawah iklan anda.
Contoh seperti dibawah;
Awak nampak kedai dengan gambar merah tu. Itulah kedai saya haniflinda yang menjual 2000 jenis pelbagai produk termasuk Milk Pudding ni.
Saya menggunakan ads Discovery ads Shopee dimana ia termasuk dalam item Similar produk.
Cuba bayangkan anda pengguna yang telah klik keyword ads seller tadi dan bila anda scroll bawah, tiba-tiba anda nampak seller ni jual RM55 dan sebelah kedai tu ada iklan cun warna merah. Kedua-dua menarik perhatian anda.
Anda tak jadi beli dikedai tersebut dan terus klik ke kedai pertama yang jual RM55.
Sebenarnya ia tak jual RM55 tapi ia jual variations produk dalam produk tersebut. Bila kita klik kedai tu ada beberapa barangan lain yang dijual dalam satu kedai. Itu teknik perniagaan atau bahasa e-commerce kita panggil upsell/cross sell.
Atau ia klik kedai warna merah tersebut sebab pengguna ini suka warna merah dan ada voucher beb. Tapi jangan salah faham, voucher tu hanya laku jika belian melebihi RM80 sahaja. Maknanya kalau beli 2 dapatlah 2%.
Jahatkan kedua-dua seller di similar product ni....hahahaha. Tapi mereka tak menipu, mereka gunakan teknik Cross sell, upsell dan combo yang masih tak langgar peraturan syarikat.
Inilah kelemahan keyword ads. Namun kekuatan kedai utama diatas ialah rating dia power dan review dia banyak serta jualan dia pun mantap. Itu akan banyak membantu kedai tersebut melawan kedai similar produk tetapi ia sukar bila ada hati jahat sengaja klik kedai tersebut dengan tujuan tinggikan kos iklannya.
Berniaga kena jujur, sememangnya berniaga di marketplace Shopee atau Lazada orang kata best tapi kita sebagai seller memang struggle.
Mahu tak mahu kena bermain iklan, kalau tak orang tak kenal kedai kau. Bila buat iklan, ada pula yang dengki..
Mahu dapatkan EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP percuma salah satu funnel yang saya terangkan iaitu Funnel "Produk Listing"
Dafter email anda dan EBOOK ini akan dihantar ke kotak email anda.
0 Ulasan