BERAPA MAKSIMUM PRODUK DI SHOPEE?

BERAPA MAKSIMUM PRODUK DI SHOPEE?



Sebenarnya berniaga di Shopee untuk admin adalah terbaik kerana ia mempunyai level atau tier untuk seller.

Kalau anda kerja keras dan dapatkan sales maka anda akan diberikan beberapa benefit oleh pihak Shopee. Kalau anda tak capai standard minimum requirement, maka sampai ke tua ler kau di takuk tu.

Inilah kelebihan Shopee, sentiasa mendesak seller untuk maju ke depan dan pada masa yang sama memberkan benefit kepada anda.

Dalam topic hari ni berapa banyakkah produk yang boleh anda sumbat dalam kedai Shopee anda. Sebenarnya anda boleh sumbat hingga 20 ribu produk!!!!!

Tetapi anda harus bermula dari bawah iaitu 1000 produk buat pemula seller. Kemudia selepas 30 hari dengan 5 jualan anda akan dinaikkan ke 3000 produk.

Dan jika anda berjaya capai 100 jualan maka anda akan dinaikkan ke 5000 produk. Dan jika anda dapat kekalkan syarat sebagai Preffered Seller maka anda boleh meletakkan 10 ribu produk. Wow!!!!

Admin rasa 10 ribu produk dah maximum tu. Tapi jika anda apply Shopee Mall anda boleh letakkan 20 ribu produk!!!!!

Untuk admin, standard seller dropship 5K produk rasanya dah cukup kot. Tapi kalau 10 ribu target anda dan ada contact syarikat dropshipping yang lain, awak boleh teruskan.

Kelebihan mendapat keistimewaan ini ialah dengan satu falsafah iaitu LAGI BANYAK BARANG DI KEDAI, LAGI BANYAK PILIHAN PELANGGAN DAN LEBIH TINGGI SALES.

Falsafah atau teori yang admin setuju kerana dengan jumlah pelanggan di Shopee melebihi 2.5juta sehari. Dan carian di Shopee berdasarkan kata kunci yang berkaitan dengan judul produk maka potensi produk anda di jumpai amatlah mudah.

Apa target anda sebagai seller di Shopee. Anda mahu berapa maksimum produk dimasukkan ke kedai anda?

Tapi ingat!!! kena kerja keras kalau nak capai target hingga 10K produk. Sementara itu boost kan sales dan cari  beberapa dropship yang boleh bekalkan produk jika anda berjaya mencapai target 10K nanti..hehehehe. Bersiap-sedia awal-awal, mana ler tahu kalau Allah nak kasi rezeki, dalam masa 3 bulan dah jadi Prefered Seller.. Tak kelam kabut..

Mahu dapatkan EBOOK SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP percuma salah satu funnel yang saya terangkan iaitu Funnel "Produk Listing"
Dafter email anda dan EBOOK ini akan dihantar ke kotak email anda.

Catat Ulasan

0 Ulasan